Kisah Kejayaan Seorang Lelaki Bernama Colonel Sanders, Terdapat Seorang Wanita Hebat Di Sebaliknya. Siapa Claudia Sanders?

Hiburan

Kisah Kejayaan Seorang Lelaki Bernama Colonel Sanders, Terdapat Seorang Wanita Hebat Di Sebaliknya. Siapa Claudia Sanders?

Menjelang 8 Mac 2018, ikon wanita ini akan menggantikan wajah Colonel Sanders di semua laman sosial media KFC. Tapi siapakah beliau? Cuba ingat kembali pepatah “Di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti terdapat seorang wanita yang berdiri di belakangnya”.

Advertisement

Sempena Hari Wanita tahun ni, kami kongsikan kisah seorang wanita yang diberi gelaran “The Colonel’s Lady” kerana beliau merupakan wanita disebalik kejayaan pengasas KFC, Colonel Harland David Sanders, iaitu Claudia Sanders.

KFC mula beroperasi seawal tahun 1952 dan sehingga kini jenama KFC terus dikenali dengan kelazatan ayam goreng yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Siapa Claudia Sanders?

Claudia Sanders dilahirkan pada 7 Sept 1902 di Knox Country, Kentucky. Beliau berkahwin dengan Colonel Sanders pada tahun 1948 dan masing-masing mempunyai anak hasil dari perkahwinan terdahulu.

Claudia Sanders telah bersama-sama membantu suaminya membina perniagaan sehingga ianya menjadi empayar makanan segera terkenal pada hari ini.

Mereka bertemu pada tahun 1930-an ketika Claudia Sanders bekerja sebagai pelayan di Sanders Café, iaitu restoran pertama Mr. Colonel yang terletak di Corbin.

Mereka kemudian menetap di Corbin di mana tempat Colonel Sanders membuka restoran baru dan memperkenalkan resepi ayam gorengnya.

Claudia Sanders Disebalik Kejayaan KFC

Menurut Claudia Sanders dalam sebuah wawancara pada tahun 1991, segala pesanan ramuan KFC disediakan, dibungkus dan dibawa oleh beliau sendiri ke stesen kereta api walaupun pada lewat malam untuk dihantar ke setiap francais.

Ketika dia keluar berniaga, saya berada di rumah melakukan kerja.”
– Claudia Sanders

Pasangan ini telah mengembara ke seluruh dunia untuk mempromosikan ayam goreng mereka, meskipun selepas rantaian restoran ini dijual.

“Saya pergi ke restoran-restoran di seluruh negara dan memainkan peranan sebagai pelayan wanita dengan pakaian antebellum ini.” – Claudia Sanders

Colonel Sanders juga akan menggayakan persalinan trademark beliau iaitu sut berwarna putih dilengkapi tali leher hitam untuk upacara seperti pembukaan francais baru, perarakan dan acara-acara lain sebagai salah satu cara pemasaran.

Mereka mempunyai 600 cawangan pada tahun 1963 dan pada tahun berikutnya, Mr. Colonel telah  menjual Kentucky Fried Chicken kepada John Y. Brown, yang kemudiannya dikenali sebagai Gubernur Kentucky.

Syarikat itu kemudiannya dijual kepada Pepsico pada tahun 1991 dan terus dikenali dengan nama KFC.

Claudia Sanders menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1996 di usia 90 tahun. Bersempena International Women’s Day tahun ini, KFC ingin meraikan wanita dengan memberi penghormatan istimewa kepada The Colonel’s Lady, pada 8 March 2018 ini!

Jangan terkejut kalau anda nampak wajah Claudia Sanders menggantikan Colonel Sanders di semua laman sosial media KFC.

Selamat Hari Wanita!

Sumber : www.nytimes.com | www.ronford.net

Jadi, sempena Hari Wanita Antarabangsa ini, siapa yang akan anda raikan? Kongsikan cerita anda di Instagram dan tag #KFCIWD.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...