Kini Menetap Di Australia, Sajjad Tayang Keadaan Kediaman Baru Di Sana

Hiburan

Kini Menetap Di Australia, Sajjad Tayang Keadaan Kediaman Baru Di Sana

Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman ataupun lebih dikenali sebagai Sajat tampil mendedahkan mengenai aktiviti harian terbarunya.

Dia yang kini difahamkan berada di Australia dan sedang menginap di sebuah hotel di sana sempat memuat naik sedikit keadaan rumah barunya di negara itu di media sosial Instagram miliknya, baru-baru ini.

Advertisement

“My new home. Tak sabar nak balik rumah baru..” tulisnya ringkas di ruangan Instagram Storynya itu.

Sajat
2 years ago

"Tak Rindu Kita Ke?" Nur Sajat Kembali, Perjelas Mengapa Senyap Di IG

Rumah banglo setingkat itu juga kelihatan mewah serta mempunyai ruang yang besar di belakang rumah.

IG Story SajatSumber : Instagram Sajat  

Terdahulu, Sajat ada mengemas kini Instagram miliknya dengan memaklumkan bahawa dia kini sudah berada di Australia.

Jejaka itu juga memberitahu bahawa dia sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia dan secara rasmi telah berhijrah ke negara itu dengan bantuan kerajaan di sana, seperti yang dimaklumkan Sajat ketika sesi siaran langsung di Instagram.

Instagram SajatSumber : Instagram Sajat  

Semalam, polis daripada Balai Polis Bukit Aman memaklumkan bahawa mereka akan berhubung dengan pihak berkuasa Australia bagi mendapatkan pengesahan berhubung dakwaan usahawan kosmetik itu yang kini dalam buruan, telahpun menetap di sana.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam ada mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat berikutan kegagalannya untuk hadir pada sebutan semula kesnya tanpa sebab pada 23 Februari lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Sajat

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...