Kini Berniqab, Penampilan Terbaru Neelofa Disambut Baik Oleh Keluarga Dan Peminat

Hiburan

Kini Berniqab, Penampilan Terbaru Neelofa Disambut Baik Oleh Keluarga Dan Peminat

Pelakon dan juga usahawan, Neelofa sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia dikhabarkan telah berniqab sepenuhnya.

Ini berikutan ibu kepada personaliti popular ini iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed dilihat telah memuat naik sepotong video pendek yang telah membuatkan netizen tertanya-tanya.

Advertisement

Video tersebut telah memaparkan Datin Noor Kartini sedang memeluk erat Neelofa yang tampil berhijab penuh dengan memakai purdah dan tudung serba putih.

Dalam pada itu, ibu kepada pengusaha tudung Naelofar itu juga turut menulis kapsyen berbaur kesyukuran di atas anugerah Ilahi atas kurniaan anak seperti Neelofa.

View this post on Instagram

Calling everyone to tell them about my new set of jewellery @swarovski #Swarovski #SparkDelight

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Malah video tersebut turut dikongsi personaliti terbabit di ruangan Instagram Storynya. Meninjau laman media sosial Neelofa, pelakon tersebut turut memuat naik beberapa keping foto memperlihatkan dia yang kini berniqab.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat serta rakan artis tampil mengucapkan tahniah dan turut mendoakan yang terbaik buat Neelofa sekeluarga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...