Kini Anda Boleh Miliki Rumah Mampu Milik Berharga RM270K Yang Berstatus ‘Free Hold’ Di Bayu Indera Lukut

Hiburan

Kini Anda Boleh Miliki Rumah Mampu Milik Berharga RM270K Yang Berstatus ‘Free Hold’ Di Bayu Indera Lukut

Baru-baru ini Abang Nara telah menghadiri majlis perasmian perumahan Bayu Indera Lukut.

Advertisement

Dibina oleh pemaju terkenal dan terkemuka Seri Pajam Development, Bayu Indera Lukut merupakan projek hartanah pertama dibangunkan di Port Dickson. Paling mencuri perhatian Abang Nara ialah harga yang ditawarkan untuk rumah freehold dengan “guarded community” ini iaitu projek rumah satu yang bermula dari RM270,000. Memang sangat-sangat mampu milik.

Lokasinya pun boleh tahan strategik kerana berdekatan dengan highway, Giant, Tesco, bank-bank dan juga sekolah. Harga murah, lokasi bagus, memang buat Abang Nara rasa teruja nak mengetahui lebih lanjut tentang perumahan Bayu Indera Lukut ini.

posing dulu depan Sales Galerry Bayu Indera Seri Lukut

Projek Bayu Indera Lukut ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Tuan Haji Zamri bin Mat Kasim dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019. Sebanyak 1047 unit rumah teres satu tingkat dengan pelbagai kemudahan utama bakal dibina dalam 2 fasa. Dijangkakan lebih daripada 5,000 penduduk bakal mendiami kawasan perumahan mampu milik ini.

amboi siap ada singa kat belakang tue. Hati-hati jangan kena gigit. Hehehe

Selesai majlis memotong reben, Abang Nara telah pun memasuki bilik pameran untuk mendapatkan info lebih mendalam tentang projek perumahan Bayu Indera Lukut ini.

boleh tahan juga masterplan Bayu Indera Lukut ini

Untuk makluman, ratusan pengunjung telah menghadiri majlis perasmian Bayu Indera Lukut kerana masing-masing enggan melepaskan peluang mendapatkan rumah idaman pada harga mampu milik. Semua yang hadir jelas teruja dan tak sabar hendak menjadi sebahagian daripada komuniti projek perumahan ini.

masing-masing tekun mendengar penjelasan daripada pekerja Seri Pajam Development

Satu lagi ciri menarik Bayu Indera Lukut ialah ia dilengkapi dengan tujuh taman konsep dan dua tasik rekreasi serta kemudahan awam yang lain seperti lorong untuk berjogging. Abang Nara sempat berposing ambil gambar di salah sebuah tasik. Dah dapat bayangkan petang-petang berjalan menghirup udara segar di tepi tasik sambil anak-anak bermain dengan riang. Confirm best!!!

Alang-alang dah sampai, Abang Nara turut mengushar “show house” Bayu Indera Lukut ini untuk mengetahui layout yang disediakan.

pandangan dari luar rumah teres satu tingkat Bayu Indera Lukut

Apa yang boleh Abang Nara katakan ialah memang berbaloi-baloi sangat sekiranya anda menjadi pemilik salah sebuah rumah Bayu Indera Lukut ini. Ada 3 bilik tidur , 2 bilik air, dapur yang luas dan ruang tamu yang amat selesa. Jumlah kebesaran rumah ini ialah 20 X 70. Just nice untuk satu family menjalani kehidupan yang sempurna. Selain daripada rumah model rumah ini, Bayu Indera Lukut juga menawarkan pelbagai model rumah yang berlainan saiz seperti 20’ x 60’, 20’ x 65’ dan 22’ x 70’.

Kalau Abang Nara belum memiliki rumah, sudah tentu Bayu Indera Lukut ini akan dimasukkan ke dalam senarai shortlist. Harga yang ditawarkan amat berbaloi-baloi dengan apa yang bakal diperolehi. Untuk makluman, sales gallery Bayu Indera Lukut dibuka setiap hari. Jadi sekiranya anda berminat, boleh terus pergi ke sana untuk melihat dengan mata anda sendiri projek perumahan daripada Seri Pajam Development ini.

tahniah kepada Seri Pajam Development kerana menghasilkan satu projek perumahan mampu milik untuk rakyat Malaysia

Untuk makluman lanjut, anda juga boleh terus menelefon nombor 1700 81 5925 atau boleh LIKE Facebook Seri Pajam dan terus bertanya sebarang persoalan di sana. Jangan lupa untuk layari www.seripajam.com.my untuk informasi lengkap tentang projek-projek perumahan di bawah syarikat terkemuka ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...