Ketawakan Kematian Jonghyun, Janna Nick Dan Sharifah Sakinah Dikritik Netizen

Hiburan

Ketawakan Kematian Jonghyun, Janna Nick Dan Sharifah Sakinah Dikritik Netizen

Ramai peminat seluruh dunia bersedih dengan kematian Kim Jonghyun, penyanyi utama kumpulan K-pop Korea Selatan Shinee. Jonghyun, 27, telah membunuh diri di sebuah apartment beberapa minggu lepas, dipercayai kerana mengalami masalah kemurungan.

Melalui ruangan Instagram Storynya, pelakon Sharifah Sakinah telah memuat naik satu video menunjukkan Janna Nick sedang duduk dan rambutnya diwarnakan perang. Gaya rambut Janna seperti bintang K-pop, tetapi Sakinah telah berjenaka:

Advertisement

Ini yang mati tu, kan?

Janna kemudian dilihat ketawa besar dalam Instagram Story itu. Video itu boleh ditonton di bawah:

Sebilangan peminat Shinee di Malaysia bagaimanapun menganggap gurauan itu keterlaluan kerana mengetawakan orang yang telah meninggal dunia akibat kemurungan yang dialami oleh pesakit mental.


Sehubungan itu Janna telah membuat satu kenyataan di Twitter memohon maaf atas insiden itu, mendakwa dia sebenarnya tidak sedar apa yang diperkatakan.

Bak kata orang terlajak perahu boleh diundur. Jika ada orang menjadikan ahli keluarga kita sebagai bahan jenaka, sudah tentu kita berasa marah, bukan? Diharap Janna dan Sakinah dapat belajar dari insiden ini. Iyalah, tak semua benda boleh dijadikan bahan kelakar. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...