Penyanyi Sufian Suhaimi merasa sangat gembira dan bersyukur apabila lagu Di Matamu diumumkan layak ke pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33).
Sufian tidak menafikan bahawa kisah beliau putus tunang dengan Elfira Loy memberikan impak yang sangat besar dan membuatkan Di Matamu menjadi lebih popular dan turut dikenali sebagai lagu sedih rakyat Malaysua.
Syukur dan gembira lagu ini layak dan harapan saya untuk membawa lagu ini ke pentas AJL 33 tercapai. Ia mungkin menjadi lagu sedih untuk rakyat Malaysia selepas apa yang berlaku dan kehidupan sebenar saya sebelum ini.
Kesedihan terbayar dan ia hikmah selepas apa yang berlaku dalam hidup saya. Jika ia tiada kaitan dengan kehidupan sebenar saya Di Matamu mungkin menjadi hanya sebuah lagu sedih biasa. Saya rasa tak ramai penyanyi yang dapat peluang ini. Apabila lagu itu bersatu dengan kehidupan ia akan hidup apabila disampaikan.
Sufian melancarkan lagu Di Matamu selepas ikatan pertunangannya bersama Elfira terputus pada 18 Februari lalu. Lagi ini menjadi viral kerana ramai mendakwa ia mempunyai kaitan dengan kesedihan dan segala penderitaan hati yang dialaminya selepas putus tunang.