Kes Tampar Polis Dan Ganja : Farid Kamil Ditahan Reman 4 Hari

Hiburan

Kes Tampar Polis Dan Ganja : Farid Kamil Ditahan Reman 4 Hari

Pelakon dan pengarah filem terkenal, Datuk Farid Kamil ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan kes beliau menampar anggota polis trafik dan menendang dua orang awam semalam.

Advertisement

Farid tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan menaiki trak polis pada 10.07 pagi tadi dengan memakai baju lokap berwarna ungu.  Turut hadir di mahkamah adalah adik Farid iaitu Fadzil Zahari.

Perintah tahanan reman terhadap Farid dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Farid datang ke balai bersama seorang lelaki untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, Farid kemudiannya menunjukkan mesej aplikasi WhatsApp 300 artis hutang ah long. Tidak pasti apa yang berlaku, Farid secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Video : Facebook Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...