Kes Seludup Dadah Di Medan : Pelakon Benjy Dihukum Penjara 11 Tahun, Denda RM312,539

Hiburan

Kes Seludup Dadah Di Medan : Pelakon Benjy Dihukum Penjara 11 Tahun, Denda RM312,539

Kerana dadah musnahlah segalanya tiada lagi kebebasan dapat dirasai untuk beberapa tahun, itulah gambaran terhadap pelakon Benjy yang dikenakan hukuman penjara selama 11 tahun dan denda RM 312,539 oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia  selepas didapati bersalah menyeludup dadah jenis methamphetamine didalam duburnya.

Advertisement

Walaubagaimanapun, hukuman ini lebih ringan berbanding tempoh 14 tahun yang dicadangkan oleh pendakwa raya sebelum ini dan Benjy juga sudah terlepas daripada hukuman gantung.

Terdahulu, Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, Indonesia,  pada 20 April lepas kerana cuba membawa dadah tersebut  yang dibeli dan dibawa dari Kuala Lumpur.  Benjy akui beliau mula mengedar dadah untuk membiayai kos rawatan kanser ibunya iaitu pelakon Allahyarhamah Azean Irdawaty.

Harapnya ketika didalam penjara Benjy akan lebih insaf dan jadikan pengajaran atas apa yang sudah berlaku . Kami tidak nafikan Benjy sebenarnya mempunyai bakat besar dalam bidang lakonan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...