Baru-baru ini, penyanyi Linda Rafar menerusi akaun Instagramnya memuat naik kenyataan bahawa beliau sudah memaafkan semua netizen yang pernah mengecamnya berikutan kes fitnah jururawat sebelum ini. Menurut Linda, hatinya tidak tenang selagi tidak memaafkan orang lain. Malah, beliau juga turut memohon maaf kepada netizen yang terasa hati dengannya.
Walau bagaimanapun, seorang doktor popular mendedahkan sebab mengapa Linda memuat naik permohonan maaf tersebut. Menurutnya, Linda telah pun kalah saman berkaitan kontroversi bersama jururawat sebelum ini dan perlu membayar ganti rugi serta membuat permohonan maaf kepada jururawat yang terlibat atas tindakannya mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.
Terbaru, Linda menafikan kemenangan berpihak kepada jururawat, perbicaraan kes antara beliau dan jururawat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu lalu tidak diteruskan selepas kedua-dua belah pihak memilih untuk menyelesaikannya secara baik.
Sebenarnya, perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam tidak diteruskan kerana kedua pihak sudah selesaikan cara baik. Tiada siapa kalah atau menang sebab kes tidak disebut. Peguam saya mencadangkan untuk menyelesaikan perkara ini secara baik selepas mengambil kira semua aspek.
Apatah lagi sekarang ini kita menyambut Ramadhan dan kedua-dua pihak pun bersetuju. Saya anggap perkara ini sudah selesai selepas persetujuan mahkamah dibuat.
Dalam pada itu, Linda menjelaskan beliau tidak perlu membayar ganti rugi kepada pihak badan bukan kerajaan (NGO) Delegation of Nurses (DON) seperti yang didakwa.