Kes Saman 5 Sekawan, Siti Nordiana Naik Mahkamah 15 Oktober, Zoey Rahman Antara Saksi

Hiburan

Kes Saman 5 Sekawan, Siti Nordiana Naik Mahkamah 15 Oktober, Zoey Rahman Antara Saksi

Susulan daripada kes saman membabitkan lima sekawan iaitu Siti Nordiana, Lan Solo dan isteri, Syura Badron, Sam Samin dan Aida G  dilaporkan akan mengambil tempat di muka pengadilan apabila penyanyi lagu Angkara itu akan memberi keterangan dari kandang saksi pada 15 Oktober ini.

Rody Kristal, Lan Solo, Siti Nordiana
3 years ago

"Ego Tu Buanglah.." - Rody Kristal Harap Siti Nordiana Dan Lan Solo Berdamai

Advertisement

Perbicaraan kes saman fitnah  itu telah diperintahkan untuk mula bicara oleh hakim Mahkamah Sesyen pada 15 dan 20 Oktober 2021.

Peguambela  Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili defendan ke-4 dan ke-5 iaitu Sam Samin serta Aida G menyatakan yang kedua-dua anak guamnnya itu akan mengemukakan tujuh orang saksi termasuk kedua-dua anak guamnnya.

Antara saksi yang akan dipanggil semasa perbicaraan ialah Zoey Rahman, pelakon yang pernah dikaitkan dengan Siti Nordiana.

Dalam pada itu Hafidzah memaklumkan bahawa plaintif (Siti Nordiana) tidak mempunyai asas kes bagi saman fitnah tersebut kerana tiada pernyataan fitnah telah dikeluarkan oleh kedua anak guamnya.

Siti Nordiana lima sekawanSumber : Google  

Pada setakat ini, dokumen dan fakta-fakta yang telah dipersetujui, dan fakta-fakta untuk dibicara telahpun difailkan. Kami belum menerima senarai saksi dari Siti Nordiana dan mungkin akan dibekalkan pada hujung minggu ini.

Penyanyi Siti Nordiana dilaporkan akan menjadi saksi plaintif yang pertama dan akan melalui pemeriksaan balas oleh peguam defendan bermula dari hari perbicaraan pertama.

Tedahulu, media tempatan melaporkan bahawa bicara saman fitnah tersebut sepatutnya bermula pada 29 September namun terpaksa ditundak kerana tarikh tersebut bertindih dengan pendengaran kes sivil yang lain.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...