Kes Penipuan Projek Pembinaan Rumah Banglo: Datuk Boy Iman Ditahan Polis

Hiburan

Kes Penipuan Projek Pembinaan Rumah Banglo: Datuk Boy Iman Ditahan Polis

Sebelum ini, wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pernah bersemuka Datuk Noruliman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman selepas aduan dibuat lebih 100 orang bahawa projek perumahan mini banglo bernilai RM 60,000 yang dibangunkan oleh Juta Kelulut Sdn Bhd dan dipasarkan oleh DBI Technology Sdn Bhd gagal disiapkan setelah bayaran dibuat. 

Boy Iman juga telah membuat laporan polis  terhadap pengendali Facebook dan pihak media yang didakwanya menuduh dia melakukan penipuan skim jualan rumah.

Advertisement

Terbaru, Utusan Online melaporkan Boy Iman ditahan bersama dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources dalam dua tangkapan berasingan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang dan sebuah kondominium di Setapak, dekat sini semalam.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Ketiga-tiga suspek berusia antara 29 hingga 45 tahun itu ditahan berhubung penipuan projek pembinaan rumah banglo yang melibatkan jumlah kerugian sehingga RM6.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima 188 laporan polis terhadap kedua-dua syarikat berkenaan yang menawarkan rumah kepada mangsa dengan harga sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi, bagaimanapun, setelah bayaran dilunaskan pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan.

Dalam tangkapan pertama, JSJK merampas sebuah kereta Nissan Fairlady, sebuah kereta BMW E92, 3 unit telefon bimbit, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties.

Manakala, dalam tangkapan kedua, kita merampas dua unit telefon bimbit dan pelbagai dokumen Syarikat?Juta Kelulut Global Resources.

Tambah Acryl Sani, kesemua suspek sedang direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Via Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...