Kes Ganja : Pelakon Drama Hati Perempuan Nadzmi Adhwa Mengaku Ditahan Polis

Hiburan

Kes Ganja : Pelakon Drama Hati Perempuan Nadzmi Adhwa Mengaku Ditahan Polis

Kecoh dengan isu seorang pelakon popular menerusi drama Hati Perempuan yang ditahan pihak polis atas tuduhan memiliki ganja pada Jumaat lalu. Bagi menjawab segala spekulasi yang timbul, Nadzmi Adhwa tampil membuat pengakuan beliau adalah pelakon yang dicekup polis berkaitan kes tersebut.

Advertisement

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya, Mindorder Sdn. Bhd. Nadzmi memberitahu penahanannya itu adalah kerana terlalu mempercayai rakan baiknya yang sememangya sudah lama dalam pemerhatian polis atas kesalahan memiliki ganja.  Nadzmi bagaimanapun dibebaskan kurang dari 24 jam selepas beliau ditahan.

Nasib tidak menyebelahi saya apabila pihak berkuasa menahan saya sewaktu berada bersamanya. Kesilapan saya adalah terlalu mempercayai teman dan terpengaruh. Bagaimanapun peristiwa ditahan pihak berkuasa banyak memberikan pengajaran kepada saya agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan. Saya yakin tidak bersalah dalam hal ini dan telah pun dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas ditahan.

Semoga apa yang jadi kepada Nadzmi turut dijadikan pengajaran bagi orang ramai agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan. Jangan sampai anda juga jadi mangsa atas perbuatan negatif orang lain.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...