Kerugian RM 100K Ditipu Tawaran Konsert Di London, Estrange Tetap Saman Wanita

Hiburan

Kerugian RM 100K Ditipu Tawaran Konsert Di London, Estrange Tetap Saman Wanita

Tanyalah sesiapa yang bergiat dalam industri seni, adakah mereka akan melepaskan peluang untuk mengadakan persembahan di kota London? Begitu juga dengan kumpulan Estranged, yang menerima tawaran dari seorang wanita untuk mengadakan konsert di ibu kota England itu.

Namun begitu, setelah menghabiskan kos persiapan yang mencecah RM 100,000, mereka dikejutkan dengan berita bahawa tawaran tersebut hanya satu penipuan.

Advertisement

Sehubungan itu, Estranged telah bertindak memfailkan saman terhadap wanita itu kerana menipu mereka. Berita Harian Online melaporkan, walaupun Estranged telah memaafkan wanita itu mereka akan teruskan dengan tindakan saman. Salah seorang ahli Estranged,  Solihuddin Hormat atau Din, 33, memberitahu:

Buat masa ini, proses mahkamah mengambil sedikit waktu. Kami dimaklumkan, wanita terbabit sedang menjalani hukuman atas kesalahan lain. Selepas ini, kita tunggu penyelesaiannya.

Kalau boleh, kami tidak mahu melakukan tindakan sebegini. Tetapi negara kita ada undang-undang, jadi biar mahkamah yang menentukan supaya ia menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Lambat atau cepat proses itu bukan isu kerana paling penting, kes ini diselesaikan. Kalau boleh, kami pun harap ia dapat dipercepatkan, namun kita perlu ikut saluran yang betul.

Estranged yang ditubuhkan sejak 2001 juga dianggotai Richard Lawrence Gimbang, 35, selaku vokalis dan pemain gitar, Nor Hanafi Noor Hadi, 34.

Pada Januari lalu, Estranged dikatakan memfailkan saman terhadap Eziana Abdul Aziz, 35, di Mahkamah Tinggi kerana melakukan penipuan berhubung tawaran mengadakan persembahan di Konsert Apple London Music Festival di London pada 25 Disember 2017.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, kumpulan itu mendakwa Eziana sebagai defendan menawarkan Estranged untuk mengadakan persembahan di London untuk Apple London Music Festival yang diselenggarakan Apple London Music serta berkaitan dengan syarikat Apple.

Estranged kemudian mendapat tahu, surat jemputan berserta dokumen lain yang berkaitan adalah palsu.

Kerugian yang ditanggung oleh Estranged adalah meliputi kos persiapan seperti latihan, bayaran kru serta cenderahati seperti jaket, sepanduk, bendera Malaysia dan kemeja-T yang dijalankan selama dua bulan. – beautifulnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...