‘Kerja Berapa Minit Je Kan?’ – Dituduh Makan Angin Di Langkawi, Alyah Tunjuk Bukti Dokumen

Hiburan

‘Kerja Berapa Minit Je Kan?’ – Dituduh Makan Angin Di Langkawi, Alyah Tunjuk Bukti Dokumen

Di Instagram, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Sesal Separuh Nyawa’ memuat naik screenshot mesej yang dihantar seorang individu di akaun Instagram miliknya. Individu tersebut mempersoalkan tindakan Alyah berada di Pulau Langkawi bersama rakan-rakan.

Malah, individu tersebut menuduh Alyah tidak cerdik apabila menunjukkan gambar berada di kapal mewah sambil bertukar-tukar baju fesyen.

Advertisement

Assalam sejak saya berada di langkawi ni, mcm mcm Dm yg saya terima contoh DM seperti diatas.itu belum no yg tak kenal dgn tiada salam terus maki hamun saya persoal itu ini pasal SOP.

Saya masih seorng penyanyi dan sy bekerja dibawah record saya sendiri. sebagai peniaga musik saya harus mengeluarkan lagu bagi memastikan peniagaan ini berterusan.peniagaan musik ini bukan hanya pada halwa telinga sahaja.tapi pihak saya perlu juga mengeluarkan product dlm bentuk visual juga.

Menurut penyanyi ini, dia telah menerima banyak lagi maki hamun di Direct Message mempersoalkan perihal prosedur operasi standard (SOP).

Jelas Alyah, sebagai seorang penyanyi dia perlu mengeluarkan lagu bagi memastikan perniagaan berterusan. Malah, pihaknya juga perlu mengeluarkan produk dalam bentuk visual.

Pihak saya dan team like music sdn bhd ke langkawi kerana atas urusan kerja bagi menyiapkan MV terbaru saya #ThankyouALLAH.

Apa yg di usulkan oleh anda yg mcm tak puas hati terhadap saya betul ia terjadi tapi kesemuanya atas pemintaan bagi menyiapkan MV terbaru saya ya.

Kata Alyah lagi, dia dan pihak syarikat ke Pulau Langkawi adalah atas urusan kerja semata-mata demi menyiapkan muzik video lagu terbarunya.

Saya tk naik KAPAL utk suka suka.dan tidak berkeinginan pon ke langkawi kalau setakat nak tukar tukar baju fesyen…sebelum saya dan team ke langkawi, Kami sedaya upaya menyediakan segala document perjalan juga surat kebenaran dari pihak berkuasa. Kalaulah saya TAK CERDIK juga, saya minta maaf.

Di hantaran itu juga, Alyah turut memuat naik surat permohonan rentas negeri dan perakuan pendaftaran syarikat Like Music Entertainment.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...