Sebut sahaja nama Zarina Anjoulie pasti ramai yang kenal, walaupun sudah tidak aktif dalam bidang lakonan beliau masih lagi mempunyai peminat.
Zarina sememangnya seorang yang lantang bersuara dan sering memberikan pendapatnya mengenai isu semasa.
Zarina turut menempelak segelintir netizen yang memandang rendah dengan pilihannya untuk membeli jenama kereta tersebut. Menurutnya, beliau pernah membeli sebuah kereta mewah BMW ketika berusia 25 tahun dan mengakui ia adalah keputusan paling teruk yang pernah dilakukan dalam hidupnya.
Tidak dinafikan, ada betulnya apa yang dikatakan oleh Zarina. Buat apa berbelanja dan nampak mewah tetapi hakikatnya diri sendiri terasa sakit dan perit untuk menampung kehidupan setiap bulan? Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.