“Kerap Pesan Patuhi Peraturan Jalan…” – Nasihat Terakhir Ketua Kelas Undang Sebak

Kehidupan

“Kerap Pesan Patuhi Peraturan Jalan…” – Nasihat Terakhir Ketua Kelas Undang Sebak

Malang tidak berbau buat seorang pelajar tingkatan lima yang maut dalam kemalangan di kilometer 67, Jalan Muar-Segamat berhampiran persimpangan lampu isyarat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat sekitar jam 5.50 petang semalam.

Jamal Farhan yang bersekolah di SMK Seri Kenangan, Batu Anam meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan pacuan empat roda.

Advertisement

pelajar maut kemalangan

“Beberapa hari sebelum nahas, Jamal Farhan kerap kirim mesej menerusi aplikasi WhatsApp minta halal makan minum kepada rakan sekelas”.

Siti Nur Farhana ialah rakan sekelas Jamal berkata, mesej berkaitan kemalangan itu tular di media sosial rakan sekolah pada hari yang sama.

“Ketika Jamal Farhan mengirim mesej meminta maaf, dia turut mengatakan ia bukan kerana dia hendak mati. Kami tidak sangka ia petanda dia akan pergi selamanya”.

Jamal Farhan adalah ketua kelas kepada 23 orang pelajar dan kerap menceriakan rakan sekelas. Jamal juga kerap berpesan untuk sentiasa mematuhi peraturan jalan raya, belajar dengan rajin selain hormat pada guru dan ibu bapa.

kemalangan di Segamat

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat mengesahkan ia berkaitan kemalangan. Kes Disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala manakala pemandu pacuan empat roda lelaki berusia 36 tahun selamat”.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Luas di Batu Anam.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...