Kerap Kencing Tanda ‘Diabetes’? Ini 7 Petanda Lain Badan Dah ‘Banjir’ Gula

Kehidupan

Kerap Kencing Tanda ‘Diabetes’? Ini 7 Petanda Lain Badan Dah ‘Banjir’ Gula

Menurut dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), satu daripada lima individu dewasa atau kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes.

Peningkatan penyakit diabetes di Malaysia amat merisaukan kerana ramai rakyat yang tidak cakna dengan tanda-tanda penyakit ini.

Advertisement

Oleh itu, ini kami kongsikan 7 petanda awal badan kita sudah terlebih gula yang dikongsikan oleh seorang doktor dikenali sebagai Noordin Darus menerusi laman TikTok miliknya.

1. Kerap Kencing

Menerusi video tersebut, Dr. Noordin menjelaskan jika seseorang itu sudah mengambil kadar gula secara berlebihan, badannya akan kerap membuang air kecil lebih daripada 1 kali terutamanya pada waktu malam. Ini berlaku apabila buah pinggang tidak dapat memproses jumlah gula yang tinggi dalam badan lalu menyingkirkan sebahagian daripadanya melalui air kencing.

2. Rasa Dahaga

Yang kedua, seseorang yang badannya terlebih gula akan berasa mulut dan tekaknya sentiasa kering atau dahaga. Serta mereka suka minum minumam sejuk dan berais. Keadaan ini kerana apabila kerap membuang air kecil, secara automatiknya tubuh badan akan mengalami dehidrasi dan menyebabkan rasa dahaga walaupun setelah minum banyak air.

3. Senang Lapar

Menurut Hello Doktor, sel-sel tubuh akan menggunakan gula sebagai ‘makanan’ atau sumber tenaga untuk kekal berfungsi dengan baik. Namun, apabila sistem ini telah musnah disebabkan kesan kencing manis, maka sel tubuh tidak lagi dapat menyerap gula daripada darah. Kesannya, tubuh badan akan mencari sumber tenaga lain yang kemudiannya menyebabkan seseorang berasa lapar.

4. Mata Blur

Penglihatan mungkin akan kabur disebabkan oleh gula dalam darah terlalu tinggi, ia juga boleh merosakkan salur-salur darah kecil yang terdapat pada mata lalu menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

5. Sensitif

Perubahan gula dalam darah boleh menyebabkan perubahan mood seseorang berlaku dengan cepat lalu seseorang pesakit diabete lebih cenderung untuk mengalami perasaan kebimbangan dan kemurungan.

6. Letih Lesu

Selain itu, petanda yang ditunjukkan oleh pesakit diabetes ialah rasa letih lesu dan kurang tenaga disebabkan oleh sel tubuh badan yang tidak lagi dapat menyerap gula daripada darah dengan baik.

7. Gatal Kulit

Pesakit diabetes akan merasa gatal terutama pada bahagian celah kangkang yang disebabkan oleh kadar gula dalam darah yang terlalu tinggi dan menyebabkan kerosakan saraf dan menggangu aliran darah di kawasan tertentu dalam tubuh.

Jika anda mempunyai kesemua tanda-tanda diatas segera berjumpa dengan doktor untuk melakukan ujian diabetes bagi memastikan ianya dikesan lebih awal dan mengelakkan komplikasi lain. Jangan lupa share dengan ahli keluarga dan rakan-rakan lain juga tau!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

perut boroi lelaki cara atasi
2 years ago

(VIDEO) Bukan Sebab Kerap 'Bersama', Doktor Kongsi Tips Kurangkan Perut 'Boroi' Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...