Kerana #GodBlessAmerica, Awal Ashaari Dikecam Lupa Diri?

Hiburan

Kerana #GodBlessAmerica, Awal Ashaari Dikecam Lupa Diri?

Turut bercuti dan pada masa yang sama menyertai pertunjukkan New York Fashion Week, pengacara dan pelakon Awal Ashaari sempat berkongsi beberapa foto beliau mengunjungi tempat menarik di New York dan juga turut terserempak dengan selebriti antarabangsa terkemuka di sana.

Advertisement

Secara kebetulan juga, Awal dan isterinya Scha Al Yahya turut berpeluang untuk memperingati ulang tahun ke 17 tragedi serangan 9/11 ke atas bangunan World Trade Centre yang meragut ribuan nyawa.

Umum mengetahui sejak daripada insiden itu, ramai orang Islam di dunia khususnya di Amerika Syarikat dihantui dengan terma Islamophobia, dimana pihak Barat melihat agama Islam penuh dengan kebencian serta kekerasan.

Tindakan Awal pula yang memuat naik foto ‘Moment Of Silence’  ketika mengenangkan peristiwa itu dengan menggunakan hashtag #GodBlessAmerica mengundang rasa kurang senang dikalangan netizen.

Ada yang menganggap Awal sudah lupa diri dan mengkhianati agamanya sendiri dan sedara sesama Islam yang teruk diperlakukan oleh Amerika Syarikat contohnya di Gaza dan Syria.

Mungkin Awal tiada sebarang niat buruk seperti yang disangkakan, kita pandang daripada sudut ‘humanity’ dan cuba berfikir positif. Malah, ia hanya mesej bersimpati terhadap mereka yang terkesan dengan tragedi hitam itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...