Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kerana Fitnah Video Bogel, Kehidupan Melia Aimiellia Porak-Peranda

Kasihan Abang Nara mendengar cerita Melia Aimiellia yang baru berusia 19 tahun ini. Muda lagi budaknya tapi kontroversi kononnya video bogel miliknya yang tersebar baru-baru ini telah menyebabkan hidupnya porak peranda. Tak dapat tawaran berlakon satu hal, kini hubungan kekeluargaan turut sama menerima tempiasnya.

melia aimiellia

Advertisement

Untuk anda yang tidak tahu, Melia Aimiellia merupakan pelakon utama di dalam filem Karipap-Karipap Cinta. Namun semenjak keluarnya kontroversi video bogel, hubungan dengan saudaranya telah terputus. Kata Melia kepada wartawan Mstar:-

Saya akui kontroversi ini bukan sahaja mengaibkan, malah turut memporak-perandakan kehidupan saya sekeluarga. Bayangkanlah, apabila isu dibesarkan sehingga terpampang di muka hadapan akhbar semalam (Isnin), ibu bapa saya mula dihujani pelbagai panggilan dan kecaman daripada sanak saudara dan kenalan.Apa yang saya kesalkan, apabila saudara mara lebih mempercayai laporan-laporan tersebut berbanding penjelasan darah daging mereka sendiri. Ia mengakibatkan hubungan keluarga ibu bapa menjadi tegang dan terputus. Ibu bapa saya kecewa apabila keluarga mereka sendiri bukan sahaja tidak memberikan sokongan moral malah mengecam mereka dengan kata-kata kesat. Biarlah, apa pun yang terjadi, kami anak beranak akan hadapi perkara ini bersendirian.

Aduh sedih pulak Abang Nara membacanya. Untuk makluman, pemilik blog yang terbabit dalam mengeluarkan kontroversi tersebut telah pun tampil di Harian Metro Isnin lalu dan menyatakan yang video tersebut adalah benar dan bukannya super impose. Abang Nara berharap agak Melia tabah dengan dugaan ini. Pelik jugak kalau ada konspirasi untuk menjatuhkan Melia. Bukannya popular sangat pun Melia nie untuk dijatuhkan. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

140 Comments

  1. minah layan gossip

    March 15, 2012 at 12:11 pm

    nak puas hati senang jer…
    g dapat kan medical check-up dri doktor bertauliah…
    cakap2 omong 0 je tu.. asik nk dgr penjelasan, lidah x bertulang…
    mcm2 leh ckp…
    buat medical check-up.. klu perlu buat DNA. hahaha, buat siasatan
    kepada semua yg terlibat.. dr mana punca nyer, rampas phone yg rakan video tu… siasat tempat kejadian…
    polis kita skrg cekap… cepat… boleh je nk buat siasatan kan.. stakat mulot je berbuih2 bg penjelasan x guna… bg bersihkan nama yg dah tercalar… dan nk kembalikan keluarga yg da pecah belah…. itu je cara nyer, dulu gossip die gugurkan kandungan.. skrg video plak.. klu xbuat x jadik.. masakan pokok bergoyang klu xde hangin… ?

  2. Diri Ini

    March 15, 2012 at 11:56 am

    Kes kwan makan kawan….kalau betul kawan nape nk aibkan kawan sndiri semata2 nk popularkan blog sndiri…kalau benar pun bkn itu caranye…dptkan dulu penjelasan melia dulu…

  3. minah layan gossip

    March 15, 2012 at 11:27 am

    Salam 1 Malaysia Semua… pagi yer..

    tetibe rase cm nk komen gitu’s..

    sape ke nama die? melia yer… senang jer, klu betul, ngaku jelah, klu x betul saman jelah… mende ni xkan jadik klu melia x sakiti hati org, especially guys, klu diaorg rase tercabar, ni lah jadik nyer.. g carik reporters, n report macam2 yg aib…
    so moral of the story… perempuan ni, martabat nyer tinggi di dalam Islam, n kaum hawa jugak MUDAH masuk SYUGA & MUDAH masuk NERAKA…. kaum hawa jugak yg boleh menggoncangkan dunia wlpn tangan nyer hanya mampu menghayun buaian… hanya kerana 1 video, mampu pecahbelah kan semua kaum kerabat sahabat keluarga… jadilah wanita sejati… jaga tingkah laku, agamanyer… maruah nyer… klu betul ke, x betul ker, sesape saja pelaku dalam video tu, bertaubatlah selagi nyawa dikandung badan.. dan janganlah kite cabar kaun ADAM yer.. natijah nyer, ini lah yg kite dpt…. Salam…

  4. student bandung

    March 15, 2012 at 10:23 am

    tu psl Islam suruh wanita jaga aurat, jaga batasan..supaya tak kena fitnah macam ni..perempuan kalau kena fitnah, buruk wooo..hilang semua benda..tengok apa jadi..

    kalau betul hang tak buat, semoga tabah..n maybe cari salah sendiri mana sampai org sanggup buat camtu..dah masanya dekatkan diri dengan TUHAN..kalau betul hang buat, humm~

  5. tak sokong siapa2

    March 15, 2012 at 7:52 am

    1) Kalau benar itu gambar dia, biarkanlah tak payah nak terus-terusan mengaibkan dia
    2) Hanya Allah yang berhak menghukum kesalahan dia, bukan manusia macam kita yang sama-sama banyak dosa
    3) Mungkin suatu hari (kalau benar itu gambar dia), dia akan bertaubat dan menjadi manusia yang jauh lebih baik dari kita

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top