Kerajaan Tangguh Undi 18 Hingga Tahun Depan, Belia Perlu Pendedahan Pilihan Raya

Kehidupan

Kerajaan Tangguh Undi 18 Hingga Tahun Depan, Belia Perlu Pendedahan Pilihan Raya

Ahli Parlimen Pekan Najib Razak menerusi posting Facebook, memberi amaran kepada kerajaan Perikatan Nasional bahawa anak muda tidak akan lupa pada ‘kemungkiran janji’ berhubung Undi 18 di mana belia yang berumur 18 sudah boleh mengundi.

Tambahnya, dia percaya kerajaan Perikatan Nasional tidak mahu melaksanakan Undi 18 kerana mereka percaya majoriti anak muda marah dengan kerajaan pada ketika ini.

Advertisement

“Saya percaya orang muda tidak akan muda lupa kemungkiran janji ini. Saya pernah jangka kerajaan PN akan kurang ingin laksanakannya – seperti apa yang saya tulis pada awal bulan ini”.

“Namun, usul Undi 18 ini telah diluluskan sebulat suara oleh semua ahli parlimen pada bulan Julai 2019 dan kita diberitahu bahawa ia akan dilaksanakan selewatnya dua tahun kemudian iaitu bulan Julai 2021 yang semakin menjelang”.

Selain itu, Najib juga menyatakan ‘tidak logik’ untuk kerajaan memerlukan tempoh sepanjang lebih tiga tahun bagi melaksanakan Undi 18.

Undi 18

“Maka kerajaan PN telah terperangkap dan masih terfikir mahu laksanakan ke tidak Undi 18 kerana tidak meluluskannya bermaksud penghinaan paling besar terhadap parlimen dan proses demokrasi”.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM) sebelum ini memaklumkan akan menangguhkan Undi 18 kepada September tahun depan, meskipun Takiyuddin Hassan (menteri undang-undang) pernah mengatakan ia akan dijangka dilaksanakan pada Julai tahun ini.

SPR memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mempengaruhi perancangan dan persiapan untuk menurunkan usia minimum pengundi.

Advertisement

Undi 18

Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mendesak Pengerusi SPR Abdullah Ghani untuk mengundurkan diri dan memberi laluan kepada pengerusi naru yang dapat memenuhi mandat Parlimen.

“Keputusan itu (menangguh Undi 18) melanggar mandat Parlimen untuk membenarkan rakyat Malaysia berumur 18 tahun untuk mengundi pada pilihan raya akan datang”.

“Dia harus memiliki integriti dan kehormatan untuk mengundurkan diri sebagai pengerusi SPR kerana dia tidak dapat mematuhi komitmen Parlimen untuk menurunkan usia pengundi menjadi 18 tahun pada pilihan raya akan datang”.

Lim berkata demikian dalam satu kenyataan.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...