Kerabat Selangor Nafi “Bubu” Adalah Cucu Sultan Selangor

Hiburan

Kerabat Selangor Nafi “Bubu” Adalah Cucu Sultan Selangor

Pastinya orang yang paling kecewa mendengar berita ini ialah Syahrini sendiri. Selama ini pasti Syahrini gembira kerana dapat bercinta dengan kerabat diraja, sayangnya hari ini kerabat Selangor sendiri menafikan yang Bubu atau nama sebenarnya Raja Mohamad Syazni adalah cucu kepada Sultan Selangor.

syahrini

Advertisement

Kisah Bubu yang menyatakan dia adalah daripada golongan kerabat diraja Selangor telah pun sampai ke pengetahuan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan baginda bertitah yang yang mengatakan baginda tidak mempunyai cucu bernama Bubu. Tambah pelik ialah apabila penggunaan awalan “Raja” biasanya digunakan oleh kerabat Perak sementara kerabat Selangor menggunakan “Tengku”.

syahrini

Diharap Syahrini dan Bubu dapat tampil ke hadapan dan memperbetulkan situasi yang ditimbulkan oleh mereka ini. Tak salah Abang Nara, sebelum ini siap ada pengakuan yang menyatakan hubungan mereka direstui oleh kerabat Selangor. Agak pelik juga macam mana perkara seperti ini boleh terjadi. Macam-macam jenis jugak manusia ini rupanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...