Keputusan Terkini Siaran Langsung AJL26

Hiburan

Keputusan Terkini Siaran Langsung AJL26

Sebentar lagi, siaran langsung AJL26 akan ditayangkan tepat jam 9 malam di TV3. Jutaan peminat muzik tanah air pastinya berdebar-debar menunggu persembahan istimewa daripada 12 finalist AJL26. Dengan tema air, AJL26 menjanjikan sesuatu yang unik. Dan untuk makluman, ada tribute kepada Allahyarham Sudirman malam ini.

siaran langsung keputusan terkini ajl26

Advertisement

Abang Nara akan update keputusan daripada masa ke masa di sini untuk tatapan anda semua. Untuk ulasan secara langsung, silalah follow Twitter BeautifulNara. Selain komen di sini, anda jugak boleh memberi pendapat anda di Facebook BeautifulNara. Apa pun, good luck and the best kepada semua finalist AJL26.

Keputusan akhir Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26)
1. Persembahan terbaik – Alyah, Kisah Hati.
2. Vokal Terbaik – Hafiz, Awan Nano
3. Tempat Ketiga – Faizal Tahir, Karma
4. Tempat Kedua – 3 Suara, Beribu Sesalan
5. Juara – Hafiz, Awan Nano

Update secara langsung:
1. Persembahan pembukaan oleh penyanyi feveret Abang Nara, Jamal Abdillah. Weee ~~~
2. Fuh. Persembahan Awie terus membakar semangat AJL26. Mantop babe ~~~
3. Sheila Majid la pulak. Kenapa semua mantap-mantap untuk opening show nie? Arghh
4. Fuh ~~ Terkagum sebentar dengan persembahan tiga legend sebentar tadi. Persembahan 12 peserta selepas ini. Sama-sama kita nantikan.
5. Persembahan pertama daripada Projek Pistol dengan lagu Wanita Seluruh Dunia.
6. Arrangement muzik yang sangat berlainan daripada lagu asal daripada Projek Pistol. Mantap dan sedap didengar.
7. Persembahan seterusnya oleh Jacyln Victor dengan lagu Sedetik Lebih.
8. Not bad jugak kan Jac nyanyi lagu Sedetik Lebih. Lebih kurang tahap Abang Anuar Zain gak la.
9. Monoloque dan Atilia pulak. Yeah ~~ Lagu feveret gak nie.
10. Comel gila rambut Atilia. Lagu nie memang susah sikit nak nyanyi time live rasanya. Good effort anyway.
11. Yuna muncul untuk lagu Gadis Semasa. Memang arrangement lain 100% nie. Nice ~~
12. Nice outfit Yuna. Menarik tertarik kau memang da bomb.
13. Lagu Kalau Berpacaran pulak. Lagu best nie. Banyak nasihat.”
14. Serius comel sangat lagu Kalau Berpacaran nie. Ana Rafali nampak hijau gitu.
15. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif. Adakah dia akan menang?
16. 16 tahun dan dah masuk AJL. U go girl.
17. Juara Anugerah Mobile Celcom jatuh kepada lagu Sedetik Lebih.
18. Persembahan daripada Faizal Tahir dengan lagu Karma. Ada orang kata ini adalah persembahan terakhir daripada Faizal untuk AJL. Layan ~~
19. Terbakar piano dibuatnya oleh Faizal Tahir
20. Seramai 30 orang juri telah digunakan untuk memilih lagu terbaik AJL26. Harap-harap tiada kontroversi.
21. Alyah dengan lagu Kisah Hati sekarang. Siapa sebenarnya manusia yang bernama Manusia Putih yang mencipta lagu ini?
22. Fuh. Starting pun dah sedap dah Alyah nie. Baju pun cantik gak. Nice
23. Arghhhh. Napa Remy Ishak muncul dan memeluk Alyah. Mesti ramai yang panas.
24. Sungai Lui daripada Aizad. Melodi yang mampu melegakan jiwa.
25. Aizad membuktikan yang bakat adalah segalanya. Kurang rupa sikit pun tak apa.
26. Hebat benar orang yang melukis kat belakang semasa persembahan Aizad nie.
27. Yuna dengan lagu Penakut. One of Abang Nara punya favourite song jugak.
28. Good persembahan daripada Yuna, sekarang ini lagu kegemaran ramai, Awan Nano daripada Hafiz akan didendangkan.
29. Awan Nano nano nano nano nano.
30. Beribu Sesalan sekarang ini. Adakah lagu feveret kebanyakan peminat muzik ini akan merangkul gelaran juara?
31. Memang meletop 3 Suara bawak lagu Beribu Sesalan. Meremang bulu roma.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...