Kenyataan ‘Sendu’ Rendahkan Martabat Artis, Penggiat Industri Muzik Mahu Boikot DSV

Hiburan

Kenyataan ‘Sendu’ Rendahkan Martabat Artis, Penggiat Industri Muzik Mahu Boikot DSV

Kenyataan Datuk Seri Vida yang mengatakan penajaan program Gegar Vaganza dibuat semata-mata ingin menaikkan nama artis ‘sendu’ yang sudah tidak laku mengundang rasa marah dikalangan penggiat industri muzik tempatan kerana seakan merendahkan-rendahkan martabat artis.

Advertisement

Istilah yang agak ‘kasar’ itu membuatkan ramai yang terasa hati, antaranya ialah penyanyi Noraniza Idris yang kecewa apabila rakan-rakannya dilabel seperti sudah terdesak untuk menyertai program tersebut.

Persatuan Karyawan Malaysia menerusi satu kenyataan yang dimuat naik oleh komposer Damian Mikhail turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan DSV. Tidak adil untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu hanya kerana beliau berbalah dengan Aishah yang merupakan juara Gegar Vaganza 4.

Malah, DSV juga mendapat kepentingan daripada program tersebut dimana sebagai penaja, tentu sekali Gegar Vaganza membantu melariskan lagi produk beliau.

Rata-rata netizen juga berpendapat apa yang dikatakan oleh DSV agak melampau sedangkan Aishah memang sudah dikenali sebagai penyanyi lagenda dan aktif menyanyi di New Zealand sebelum ini.

Difahamkan, hari ini DSV akan mengadakan satu sidang media khas mengenai tuntutan yang dikemukan oleh Aishah. Sama-sama kita nantikan, adakah beliau akan memohon maaf ataupun isu ini akan terus berpanjangan.

Kredit Foto : Eizairi Shamsudin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...