“Kening Lawa!” Ozlynn Wati Kongsi Wajah Latifah Cherdiq Di Instagram

Hiburan

“Kening Lawa!” Ozlynn Wati Kongsi Wajah Latifah Cherdiq Di Instagram

Pelakon yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio Johan, Ozlynn Wati ada mendedahkan wajah anak ke-6 mereka iaitu Nur Latifah Cherdiq Hanania yang kini berusia dua bulan.

Johan Dan Ozlynn
3 years ago

Sangat Unik, Nur Latifah Cherdiq Hanania Nama Anak Perempuan Johan Dan Ozlynn Wati

Advertisement

Perkembangan tersebut dikongsikan Ozlynn menerusi sebuah hantaran foto di laman Instagramnya untuk tatapan peminat.

Nama saya Cherdiq. Hari ini saya berumur 2 bulan 6 hari. Saya dah mula pandai hisap jari masa usia sebulan. Mama kena potong kuku saya setiap minggu sebab risau saya luka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat memuji kecomelan Cherdiq yang seiras dengan abangnya iaitu Sodiq.

“Masyallah cantiknya! Comel sangat. Semoga membesar dengan baik ya.” komen seorang peminat.

Terdahulu, Ozlynn dilaporkan telah selamat melahirkan anak perempuan hanya setelah stesen radio Era FM mengucapkan tahniah di atas kelahiran anak terbaru pasangan itu.

Sekadar info, Ozlynn dan Johan turut memiliki lima orang cahaya mata lain iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...