May 28th, 2020

Benarlah orang kata, kalau dah cinta sampai bila-bila pun tetap ada perasaan itu. Begitulah kenyataan yang boleh menggambarkan hubungan di antara pelakon Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Meskipun melalui pelbagai badai dan onak duri, mereka memilih untuk kembali hidup bersama selepas membuat keputusan berpisah. Perkara itu disahkan sendiri oleh Bella di mana dia dan Aliff Aziz berbaik semasa masih lagi dalam tempoh iddah.

bella astillah mengandung

Berkat daripada hubungan yang sudah mekar kembali itu, pasangan tersebut kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka. Daripada apa yang dikongsikan sebelum ini, bayi perempuan tersebut bakal lahir pada Julai nanti.

Disebabkan badan yang kian membesar, ibu kepada Ayden Arden itu nampaknya lebih selesa mengenakan baju yang lebih besar daripada saiz badannya. Tapi tak disangka pemilihan pakaiannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pihak.

“Kenapa pilih baju besar, malu nak tunjuk perut ke?”

bella astillah sedih

Menurut posting Instagram Story wanita itu, dia mempersoalkan keperluan untuk menayang perutnya dengan memakai baju ketat.

Bahkan Bella juga mendedahkan bahawa dia ada mengambil gambar khas untuk menyambut kandungan kedua itu tetapi merasakan tidak sesuai untuk berkongsi dek bulan Ramadan dan sambutan lebaran.

Tidak melatah, wanita itu mengingatkan semua orang supaya mendoakan kebaikan orang lain kerana hidup ini adalah seperti roda. Berbuat baik dengan orang lain, pasti akan mendapat balasan kebaikan juga nanti.

Sumber: Forum CARI


5 responses to ““Kenapa Pilih Baju Besar, Malu Tunjuk Perut Ke?” – Bella Astillah Kecewa Ada Komen Pemilihan Pakaiannya”

  1. Anonymous says:

    Dia ne bukan siapa2 pun dalam industri. Knapa tau pasal dia.. dia ne cuma attention seeker je.

  2. Elly says:

    Mengarut! Manusia biadap, tak ada otak langsung. ??

  3. minah jambu say STAY AT HOME !! says:

    ngandung mesti la kena pakai baju yg longar2 sikit tkan nak pakai baju yg ketat bodoh betol orang2 ni tanya soalan yg terlalu bodoh bahlol goblok !! tak perlu nak suruh bella tunjok2 perot dia sangat nak cakap yg orang tu ngandung bodoh !! bongok !!

  4. nana says:

    BIMBO ni kalau jantan dia menyundal dia tak kecik hati. kalau perli mcm tu terasa, padahal org tu MELAWAK je…benak teruk. kalau izara dlu org perli dia, selamba je dia jawab, siap gelak2 lg. so kesimpulannye jgn jd bodoh mcm bella. #dontbeabella

  5. Anonymous says:

    semak la die ni. gosip je lebih. berlakon tak pon. bole la geng dengan ruhainis dgn kakak die yg sendu tu

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...