February 20th, 2020

Tindakan pelawak Ali Puteh yang tiba-tiba sahaja melenting ketika Datuk Seri Aliff Syukri menziarahi balu arwah Abam mengundang tanda-tanya usahawan kosmetik tersebut.

aliff syukri ali puteh

Selepas dikecam teruk oleh netizen, Aliff tampil memberikan penjelasan bahawa kedatangannya ke situ bukannya hendak menimbulkan masalah, sebaliknya hanya untuk menghulurkan bantuan duit dan peralatan rumah.

“Saya tak faham, saya hanya beri bantuan duit.” – Aliff Syukri

ali puteh bengang aliff syukri

Aliff pada masa yang sama menafikan dia sengaja ingin mengambil kesempatan untuk mendapatkan tontonan tinggi dan keuntungan dari YouTube seperti yang didakwa.

“Kau sepatutnya minta kebenaran keluarga arwah” – Ali Puteh

aliff syukri ali puteh

Tidak hanya berdiam diri, Ali menerusi ruangan komen membalas semula kenyataan tersebut dan berkata Aliff seharusnya meminta izin keluarga arwah Abam sebelum berkunjung ke rumah balunya.

Terdahulu, Ali naik angin apabila memuatnaik status seperti tidak berpuashati dengan rakaman Facebook Live yang dilakukan oleh jutawan kosmetik itu ketika melawat balu arwah Abam iaitu Noor Hidayah.  Apa yang membangkitkan kemarahan ramai ialah apabila Aliff bertanya tentang soal harta Allahyarham serta beberapa soalan sensitif.


17 responses to “Kenapa Macam Nak Gaduh, Saya Hanya Beri Bantuan Duit – Aliff Syukri Balas Kenyataan Ali Puteh”

  1. Anonymous says:

    kepada pakcik bawang, ji dan chinta (anda adalah org yg sama), kalau iya pun kereta dan rumah tu nama mak arwah, takkan wallet dan handphone pun nama mak jugak? isteri abam xde pun keluar kata2 kesat dlm interview tu. yg si ali ni pulak lebih2 nak binatang2 kan kakak ipar dia kenapa?. aliff syukri tu mmg begitu perangai dia, tapi kalau dia x reveal kita pun xkan tau nasib anak bini arwah yg sebenar

  2. Anonymous says:

    kenapa perlu mintak izin keluarga abam pula utk dtg melawat sdgkan isteri arwah dduk dgn mak ayh dia.

  3. Sedihpedih says:

    Wife arwah abam tu akauntan kot. Berhenti keje sbb permintaan abam. Dia dah korban kn ape yg husband dia nak. Bile abam da takde mcm gini plak jadinye. Of course la dia rase nasib dia mcm x terbela. Haihh. Jgn ko rase ko membesar sbg adik beradik lebih lame berbanding arwah bersama isteri dia, ko lebih berhak ke atas urusan/ harta arwah. Kalau pon berlaku salah faham, jgn la smpai gelarkn org tu berhati binatang.
    Pedih hati di wei, mesti dia fikir mcm mane situasi akan dtg nk bersemuka dgn family ko. Kalo sebelum ni isteri dia bleh tinggal serumah dgn mak & keluarga abam, lps ni perasaan tu x akan sama lagi.
    Mungkin ko da biase bercakap lancang time persembahan MLM ko. Ko ckp je ape yg ko rase tanpa berfikir ape2. Ko tu pelawak, mcm2 medium media ko boleh suarekn ape yg ko rase dan x same dgn wife abam yg obviously PENDIAM & lurus bendul as arwah abam pernah ckp. Percaye la ckp aku, org mcm wife abam ni xkn keluarkan statements merapu kt public dgn sifat dia yg mcm tu. mungkin parent dia / kwn2 dia je tau luahan dia. Malu dia ko ckp dia gile harta kt post ko smlm.

    Even aku perempuan, aku kalo boleh pon xnk duduk dgn mertua. Tp wife dia ni okay je duduk bersama sbb dia tahu abam yg jage mak dia dr dlu. Kalo ko x boleh nk hormat dia sbg kakak ipar, at least hormat la dia sbg org yg pernah jage mak ko.

    Mane2 suami mahu isteri dia berhenti kerja utk jage anak, jadikn ini sbg pengajaran. X salah pon kalo nk wife focus utk uruskn keluarga. Tapiiiii.. berilah JAMINAN supaya tak berlaku perkara seperti ni. Ok bye!

    Sorry la komen panjang2. Ni first time aku komen kt BN even bertahun2 aku bace blog BN ni. Tetibe rase nak komen SGT2 sbb berlaku isu mcm ni.

  4. pokcik bawang says:

    rasenya abam pernah beritahu yg dia hadiahkan kereta tu pada ibu abam,dan rumah segala harta mungkin diletakkan atas namaibunya,sebab abam terlalu sayangkan ibunya, dan mungkin abam takda letak harta atas dirinya sendiri dan belum sempat bagi pd isterinya.
    So hak isteri tertakluk pada harta hanya di atas nama suami. So kita semua jangan buat andaian awal. Dan pada isteri abam dan ali masing2kena jaga adab,adab seorang balu yg dalam edah dan adab nama keluarga arwah suami. dan si pengusaha kosmetik tu jgn gila glamer walau kamu sendiri sudah mengaku kayaharta.. nak jadi batu api ker.

  5. ji says:

    rasenya abam pernah beritahu yg dia hadiahkan kereta tu pada ibu abam,dan rumah segala harta mungkin diletakkan atas namaibunya,sebab abam terlalu sayangkan ibunya, dan mungkin abam takda letak harta atas dirinya sendiri dan belum sempat bagi pd isterinya.
    So hak isteri tertakluk pada harta hanya di atas nama suami. So kita semua jangan buat andaian awal. Dan pada isteri abam dan ali masing2kena jaga adab,adab seorang balu yg dalam edah dan adab nama keluarga arwah suami. dan si pengusaha kosmetik tu jgn gila glamer walau kamu sendiri sudah mengaku kayaharta… jgn jadi batu kepala api

Loading...