Kenapa Macam Nak Gaduh, Saya Hanya Beri Bantuan Duit – Aliff Syukri Balas Kenyataan Ali Puteh

Hiburan

Kenapa Macam Nak Gaduh, Saya Hanya Beri Bantuan Duit – Aliff Syukri Balas Kenyataan Ali Puteh

Tindakan pelawak Ali Puteh yang tiba-tiba sahaja melenting ketika Datuk Seri Aliff Syukri menziarahi balu arwah Abam mengundang tanda-tanya usahawan kosmetik tersebut.

aliff syukri ali puteh

Advertisement

Selepas dikecam teruk oleh netizen, Aliff tampil memberikan penjelasan bahawa kedatangannya ke situ bukannya hendak menimbulkan masalah, sebaliknya hanya untuk menghulurkan bantuan duit dan peralatan rumah.

“Saya tak faham, saya hanya beri bantuan duit.” – Aliff Syukri

ali puteh bengang aliff syukri

Aliff pada masa yang sama menafikan dia sengaja ingin mengambil kesempatan untuk mendapatkan tontonan tinggi dan keuntungan dari YouTube seperti yang didakwa.

“Kau sepatutnya minta kebenaran keluarga arwah” – Ali Puteh

aliff syukri ali puteh

Tidak hanya berdiam diri, Ali menerusi ruangan komen membalas semula kenyataan tersebut dan berkata Aliff seharusnya meminta izin keluarga arwah Abam sebelum berkunjung ke rumah balunya.

Terdahulu, Ali naik angin apabila memuatnaik status seperti tidak berpuashati dengan rakaman Facebook Live yang dilakukan oleh jutawan kosmetik itu ketika melawat balu arwah Abam iaitu Noor Hidayah.  Apa yang membangkitkan kemarahan ramai ialah apabila Aliff bertanya tentang soal harta Allahyarham serta beberapa soalan sensitif.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...