Kenapa Hanya Kaki Farid Sahaja Yang Bernanah? Kalau Nak Saman Silakan- Penerbit Lafazkan Kalimah Cintamu

Hiburan

Kenapa Hanya Kaki Farid Sahaja Yang Bernanah? Kalau Nak Saman Silakan- Penerbit Lafazkan Kalimah Cintamu

Perkongsian Datuk Farid Kamil yang memuat naik foto beliau memegang laporan polis menimbulkan pelbagai spekulasi. Ada yang mengatakan ia berkaitan dengan masalah rumah tangganya dan ada juga yang melaporkan ia adalah tindakan bela diri Farid terhadap satu pihak produksi drama yang membuatkan dirinya tercedera dan mengalami sakit teruk sehingga merasa tertekan ketika penggambaran.

Advertisement

Menerusi portal BH ONLINE, penulis novel dan penerbit drama Lafazkan Kalimah Cintamu, Siti Rosmizah Semail tampil mendakwa Farid sebenarnya melanggar beberapa syarat ketika penggambaran drama tersebut.

Jika Farid ingin menyaman produksi atas dakwaan menggunakan air kotor untuk babak ketika hujan didalam drama tersebut, Siti Rosmizah yang mempunyai latar belakang sebagai peguam juga tidak teragak-agak untuk membuat tuntutan saman terhadap Farid.

Saya mengalu-alukan sekiranya Farid ingin menyaman produksi, yang kononnya menyebabkan beliau tercedera ketika penggambaran. Saya mempunyai segala bukti dan gambar serta bersedia untuk menegakkan kebenaran di mahkamah.Jika benar dia ingin saman saya, saya pun ingin menuntut kerugian kerana masalah yang ditimbulkan olehnya.

Farid mengadu kaki kanannya bernanah kerana air kotor yang digunakan untuk babak dalam drama pada 26 November lalu. Sebenarnya, saya guna khidmat bomba Wangsa Maju dan air diambil adalah air terjun, bukan air kotor seperti didakwa. Kenapa hanya kaki kanannya bernanah, sedangkan satu badan terkena hujan palsu yang dibuat itu? Saya dimaklumkan, kaki kanan Farid sudah mengalami gatal-gatal sebelum itu lagi.

Terdahulu, Farid meluahkan rasa kesal dengan kecuaian pihak produksi yang didakwa menggunakan air kotor dan mengandungi toksin sehingga kakinya sakit, lebam-lebam dan mengalami gatal-gatal sehari selepas menjayakan babak hujan. Farid terpaksa menahan sakit selama 10 hari dan sukar untuk berjalan ataupun memakai seluar.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...