“Kenapa Bayaran Mereka Lebih Tinggi Daripada Kami?” – Syazwan Zulkifly

Hiburan

“Kenapa Bayaran Mereka Lebih Tinggi Daripada Kami?” – Syazwan Zulkifly

Baru-baru ini kecoh tentang segelintir penerbit yang cenderung menjadikan jumlah pengikut media sosial artis sebagai faktor menawarkan peluang berlakon dalam drama atau telefilem.

Wan Sharmila Syazwan Zulkifly
3 years ago

Kembali Bergandingan Dalam Drama Terbaru, Peminat Doa Wan Sharmila Dan Syazwan Zulkifly Bertemu Jodoh

Advertisement

Pelakon Syazwan Zulkifly berpendapat penilaian gred pelakon sepatutnya sudah lama diperkenalkan. Kerana ini bukan isu baharu, sebaliknya, sudah lama diperkatakan. Penetapan gred ini membolehkan tangga gaji artis diperkenalkan, sekaligus menghapuskan isu bayaran tidak setimpal yang diberi kepada pelakon berkelayakan.

Penggiat seni menyarankan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan persatuan mewakili pekerja seni seperti Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), menetapkan gred pelakon dan melihat isu gaji atau bayaran pelakon dengan lebih serius kerana ia dapat membantu penggiat seni.

Gred bukan saja ditentukan mengikut kehandalan pelakon, tetapi, mungkin daripada sudut komersial seperti jumlah anugerah yang dimenangi dan sebagainya.

Menurut Syazwan atau nama lengkapnya Mohd Syazwan bin Zulkifly, apabila kita meletakkan gred, kita boleh meletakkan bayaran ikut tangga gaji. Jadi, tidaklah timbul pelakon yang baru membintangi sebuah drama tetapi gajinya sudah melepasi pelakon lain.

Syazwan Zulkifly

Syazwan, 34, berkata jumlah pengikut media sosial tidak sepatutnya menjadi syarat wajib dalam menawarkan peluang membintangi drama atau filem, sebaliknya, apa yang lebih penting adalah kualiti dan jalan cerita naskhah terbabit.

Saya tiada masalah jika stesen TV mahu mengambil ‘Instafamous’ untuk berlakon. Tetapi, mereka perlu diberi gaji mengikut kredibiliti sebagai personaliti media sosial, bukan pelakon.

Pelakon yang popular menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu menjelaskan dia bukan tidak bersetuju stesen televisyen (TV) atau penerbit mengambil Instafamous sebagai pelakon, sebaliknya, memperjuangkan layanan lebih adil buat pelakon berpengalaman dan berkelayakan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...