“Kenapa Awak Tak Secantik Amyra Rosli?” Jawapan Wanita Ini Buat Suaminya Terkedu

Trending

“Kenapa Awak Tak Secantik Amyra Rosli?” Jawapan Wanita Ini Buat Suaminya Terkedu

Pelakon Amyra Rosli yang cantik jelita kini sedang trending di media sosial dengan drama terbaru yang dilakonkan bersama Aaron Aziz, Isteri Tuan Ihsan. Drama yang diadaptasi dari novel tulisan Sarah Kyoko ini mendapat sambutan hangat, tambahan pula Aaron dan Amyra mempunya ratusan ribu peminat tersendiri.

amyraSeorang pengguna Facebook, Sariah Othman telah menceritakan kisah bagaimana suaminya memuji kecantikan Amyra setelah menonton drama tersebut dan bertanya mengapa pula isterinya sendiri tidak secantik Amyra? Ikuti jawapan Sariah:

Advertisement

KISAH SEMALAM

Tengah syok layan drama Isteri Tuan Ihsan . Tiba-tiba laki aku berangan. Lepas tu dia cakap cantiknya Amyra Rosli ni. Aku diam.

Dia buka pula Facebook. Comelnya Nora Danish. Dah tua pun badan still cantik. Lepas tu dia boleh pula tanya aku. Kenapa awak tak secantik mereka? Pandai jaga badan.

Bertepek dekat muka kena bahan dengan suami sendiri. Aku pun terus bangun mandi dan bersiap-siap. Pakai t-shirt yang beli time raya tahun lepas dengan seluar jeans dah empat tahun beli.

Suami: awak ni dah kenapa? Buang tebiat ke?

Isteri: abang, saya nak duit. Nak keluar jap.

Suami: nah, RM 100 ni. Kang jangan lupa beli lauk bawa balik sekali.

Isteri: mana cukup bang 100?

Suami: nah, abang tambah lagi 500. Pergi beli ubat putih kulit. Dah macam panda saya tengok muka awak.

Isteri: paling kurang abang kena sediakan duit untuk penjagaan diri saya sebulan RM 2,000.

Suami: apa banyak benar?

Isteri: saya nak pergi spa, nak buat facial muka, nak beli jamu, nak beli collagen untuk gebukan kulit, nak beli vitamin c untuk haluskan kulit, nak pergi gym kuruskan badan. Nak pergi sauna.

Suami: eh, saya tak ada duit banyak tu.

Isteri: ha, kalau dah tahu tak ada duit jangan nak berangan nak suruh bini awak jadi cantik macam artis-artis dekat televisyen tu. Diorang sebulan RM 5,000 untuk cantikkan diri. Suntik itu ini. Makan vitamin itu ini. Pergi spa tiap-tiap minggu.

Ni saya tiap-tiap minggu pergi pasar beli lauk. Baru nak pakai bedak anak pula dah terberak dalam seluar. Artis-artis dekat televisyen tu pakai orang gaji untuk bantu-bantu dia buat kerja rumah tahu?

Saya kalau cantik, saya tak pilih awak. Baik saya pilih pelakon Amar Baharin tu. Hensem pun hensem. Bukan nak berterima kasih sebab saya dah lahirkan zuriat awak. Lagi nak kutuk. Saya jadi macam ni pun sebab awak.

Suami: $%$$###*%*””‘=. *Terus tutup televisyen dan tidur dengan tenang*

Jadi sebenarnya, mudah saja jawapannya. Jika berduit, memang seseorang tiada masalah menjadi cantik atau kacak. Mari lihat Ronaldo.

Mahu isteri cantik? Sediakan saja ongkosnya ya, mas?-amazingnara.com

Sumber: Sariah Othman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...