Kena Kecam Nyanyi Lagu “Bobo Di Mana”, Datuk Aliff Syukri Ingin Cuba Lagu Nasyid

Hiburan

Kena Kecam Nyanyi Lagu “Bobo Di Mana”, Datuk Aliff Syukri Ingin Cuba Lagu Nasyid

Walaupun video klip lagu “Bobo Di Mana” sudah mendapat tontonan sebanyak 4 juta kali dan juga menjadi trending, rata-rata mereka yang melihatnya mengeluarkan kata-kata kecaman, kesat dan menyampah dengan lagu nyanyian Datuk Aliff Syukri tersebut. Sejujurnya memang agak menggelikan video tersebut lebih-lebih lagi dengan kehadiran Nur Sajat dan Lucinta Luna yang lebih sudu daripada kuah. Malah lirik lagu tersebut juga berbaur lucah yang kurang menyenangkan pihak yang mendengar.

bobo di mana

Advertisement

Susulan kutukan dan kecaman yang diterima, Datuk Aliff Syukri kini sedang berkira-kira untuk menyanyikan lagu nasyid. Memang amat sesuai sangat, lebih-lebih lagi isteri beliau juga sebelum ini merupakan bekas penyanyi kumpulan Solehah. Menurut Aliff, ada beberapa komposer nasyid yang sudah menawarkan lagu kepadanya. Kata beliau:-

Sejujurnya, saya ada menerima tawaran menyanyikan lagu nasyid daripada beberapa orang komposer, tetapi masa itu hanya borak-borak kosong sahaja. Saya mungkin akan mempertimbangkan untuk menerima tawaran tersebut kerana semua lagu yang saya nyanyi asyik kena kecam sahaja. Saya harap anda semua tak kecam-kecam lagi, doakan yang terbaik untuk saya sebab manusia ini boleh berubah-ubah

Isteri Datuk Aliff Syukri juga telah memuatnaik sekeping gambar di mana dia dan Aliff telah bertemu dengan komposer Hafiz Hamidun. Kata Shahidah:-

Kita suruh Aliff nyanyi sebab Hafiz Hamidun dah buat lagu, tinggal nak nyanyi sahaja. Insya-Allah kita akan pastikan dia nyanyi lagu nasyid. Dia memang tahu suara dia tak berapa nak sedap tapi sebab suka nak jadi artis, kita usahakanlah dia jadi artis nasyid. Siapa sokong?

shahida

Apa yang paling menarik di dalam ayat di atas ialah kata-kata Shahida bahawa Datuk Aliff Syukri sedar yang suaranya tak berapa nak sedap. Hahaha. Memang sempoi ah isteri Datuk Aliff. Tetap support suami tercinta kerana minat yang begitu mendalam. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...