Kena Kecam Kerana Muncul Dalam Banyak Iklan TV, Ayda Jebat Tak Melatah

Hiburan

Kena Kecam Kerana Muncul Dalam Banyak Iklan TV, Ayda Jebat Tak Melatah

Penyanyi dan juga pelakon, Ayda Jebat baru-baru ini dikritik oleh seorang pengguna media sosial yang tidak berpuas hati kerana sering melihat wajahnya menerusi iklan-iklan di kaca televisyen.

Namun, Ayda yang kini sarat hamil itu tidak sama sekali melatah atau marah meskipun dikritik sedemikian rupa.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

“Naik menyampah pula semua iklan Malaysia ini memang kena ada Ayda Jebat ke?” tulis individu tersebut.

Isteri kepada personaliti TV Nabil Mahir ini kemudian menjawab kritikan tersebut dengan menganggap segala peluang kerjaya itu adalah nikmat yang dikurniakan Tuhan buat dirinya.

“Rezeki saya, rezeki awak belum tahu lagi, mungkin lebih daripada saya. Awak je tak nampak. Relaks, kalau tak suka langkau je tau. Awak menyampah tapi orang lain dan klien suka. Jangan toksik sangat..”

Tidak melenting dan sentiasa profesional, Ayda turut menerima pujian serta nasihat daripada pengguna media sosial agar mengabaikan saja kata-kata negatif yang dilemparkan sesetengah netizen itu.

View this post on Instagram

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Perkembangan lain, Ayda dan suaminya, Nabil Mahir bakal menimang cahaya mata pertama dijangka pada bulan Oktober ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...