Kena Kecam Ganti Neelofa Mengacara MeleTOP, Farah Nabilah Akui Kelemahan Diri

Hiburan

Kena Kecam Ganti Neelofa Mengacara MeleTOP, Farah Nabilah Akui Kelemahan Diri

Menggantikan pengacara yang sudah sinonim di dalam sesebuah rancangan adalah satu perkara yang amat sukar. Contohnya seperti program MeleTOP yang semua orang sudah tahu akan keserasian Neelofa dan Nabil. Jadi apabila Farah Nabilah dijemput untuk mengambil tempat Neelofa yang pergi bercuti, memang ia bukanlah satu tugasan yang calang-calang. Ternyata, para penonton MeleTOP tidak begitu gembira dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pelakon tersebut.

farah nabilah meletop

Advertisement

Antara komen-komen yang diterima oleh Farah Nabilah:-

farah nabilah meletop

Apa yang bagusnya, Farah Nabilah mengakui akan kelemahan dirinya dan tidak memberikan sebarang alasan bodoh. Biasalah first time jadi pengacara untuk live show. Memang kaget, cemas dan gementar dibuatnya. Respek dengan Farah Nabilah yang tidak segan silu mengakui kesilapan yang telah dilakukan. Katanya:-

Saya ditawarkan penerbit program tanpa sempat membuat latihan terlebih dulu. Saya juga tidak tahu sebagai hos, perlu spontan dan tidak mengikut skrip. Saya pula pelakon dah biasa ikut skrip sebab itu saya cakap berdasarkan queue card yang sudah diberikan.

Rupa-rupanya jadi pengacara program tu kena spontan. Lagipun tetamu yang datang nama-nama besar dan saya takut tersalah cakap. Tapi saya anggap ia satu pengalaman yang bagus dan saya dapat mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang lain iaitu mengacara.

Memang saya ada baca komen netizen yang bandingkan dengan Lofa tetapi tidak kisah pun. Saya sekadar mencuba dan untuk memeriahkan program MeleTop saja. Saya juga tidak menolak jika ditawarkan sebagai hos gantian lagi selepas ini

farah nabilah meletop

Namun begitu masih ramai juga netizen yang memberikan kata-kata semangat kepada Farah Nabilah dan mengganggap ia adalah satu percubaan baik untuk menjadi pengacara buat kali pertama.

farah nabilah meletop

Biasalah mana ada orang yang terus pandai dalam sesuatu bidang dalam sekelip mata. Kenalah banyakkan pengalaman dan berlatih. Kita selaku pemerhati tak bolehlah buat perbandingan dengan pengacara yang dah berpuluh-puluh tahun. Semoga Farah Nabilah tidak patah semangat dengan kecaman para netizen dan boleh terus improve untuk masa hadapan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...