Dalam perhubungan pasti akan ada cabaran yang dilalui dalam pelbagai bentuk dan cara demi menguji ketabahan seseorang individu itu.
Itulah yang dilalui oleh seorang bakal pengantin perempuan apabila dia menzahirkan rasa sedih kerana sering dihina kekasih dan keluarga lelaki itu.
Menurut laporan Kosmo, wanita itu mengakui hidupnya tertekan kerana keluarga kekasihnya sering campur tangan dalam urusan perkahwinan mereka.
Tambahan lagi, lelaki itu seringkali mempertahankan keluarganya berbanding perasaan wanita berkenaan.
Perempuan itu juga berkata, mak cik kepada pihak lelaki itu pernah menghina mukanya akibat ‘breakout‘ jerawat dan menghina rumah perempuan itu dengan menyatakan ruang rumah itu sempit untuk dibuat pelamin.
Dalam pada masa yang sama, wanita itu pernah menceritakan hal berkenaan kepada kekasihnya tetapi tidak dipertahankan oleh lelaki berikut dan disuruh untuk memperbaiki diri sendiri.
HH
May 26, 2022 at 11:56 am
Bg pendapat saya jika sebelum kahwin dah dera mental..dan bakal suami pula tiada usaha nak menjernihkan keadaan, baik jangan diteruskan perkahwinan atau tangguhkan perkahwinan. Berani kan diri..jaga maruah keluarga sendiri. jika orang dah hina keluarga sendiri nak buat apa diteruskan. Tak akan gelap dunia jika putus atau tangguhkan perkahwinan. Jika betul si lelaki nak memperisterikan awak..dia akan terima seadanya awak. Fikir yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga sendiri terlebih dahulu baru fikir hal orang lain.
Anonymous
May 26, 2022 at 10:51 am
Please don’t proceed with the wedding. It will be like living in hell. Been there done that. Go find your happiness dear, u deserve better.