October 8th, 2018

Ramai yang masih terkejut dan seakan tidak percaya bagaimana seorang bintang muda yang baru sahaja ingin menapak dalam bidang hiburan iaitu Wany Hasrita boleh dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 31. Malah, jumlah undian beliau pula mengatasi juara-juara terdahulu contohnya Neelofa pada ABPBH 29 hanya memperolehi 212,829 .

Mula timbul beberapa khabar angin kurang enak dimana beliau ditaja oleh VVIP dan membeli undi. Bagaimanapun, Wany menafikan dakwaan tersebut dan beliau sendiri melihat usaha keras peminatnya yang mengundi beliau.

Alhamdulillah kelab peminat saya mempunyai pemikiran yang sangat ke hadapan. Mereka hanya gunakan pelbagai sumber seperti komputer peribadi yang banyak.

Peminat atau pihak pengurusan saya tak keluarkan duit pun untuk membeli undi. Kalau beli undi, kenapa mereka tak tidur malam. Baik mereka tidur sahaja. Setiap sejam mereka undi. Sebab itu saya cakap mereka undi sampaikan tak tidur.

Saya tak jangka pun kemenangan ini sebab saya tak rasa tahun ini adalah tahun saya. Apa-apa pun saya ingin berterima kasih kepada peminat terutamanya The Nizers yang bekerja keras dari awal mengundi saya

Dah tertulis rezeki untuk Wany menang semalam dan tidak perlu pertikaikan lagi. Bila suruh undi artis pujaan masing-masing, ada peminat yang malas. Sekarang orang lain menang, macam-macam pula komen.

Sumber Berita : mStar Online


55 responses to “Kemenangan Dipertikai : Wany Hasrita Nafi Beli Undi”

  1. Anonymous says:

    NAMA PON ANUGERAH BINTANG POPULAR, BUKAN ANUGERAH BINTANG TERBAIK. SINDRI PIKEYLAH… SAPA2 PON BULEH MENANG.

  2. kucin says:

    Nanti klu tak nak jdi issue.. kategori Bintang Paling Popular pun kena letak calon2 utk org ramai undi.. pilih yg betul2 popular utk tahun tu je diletakkan dalam kategori ni.. takde la jdi kes artis mcm wany hasrita pun dpt award ni..

  3. anon says:

    kemenangan paling kelakau ..tapi nk buat macam mana dia nya fan dgn dia sendiri rajin beli undi hahha
    oh wani fan
    kita org tak terima bukan sbb kita org ni ada artis fav utk di anugerahkan
    cuma si wani ni …JUALAN ALBUM pun kelaut ..NYANYI pun kelaut …apa yang POPULER nyee
    hahahahahah
    kalau muzik2 pernah menang ke tak pe jugakkkk

    • Anonymous says:

      budak ni aku tengok dia spoil nyanyi masa AJL haritu je. yang lain elok je. kau kata kelaut? entah suara kau yang kelaut tak kot sedap sangat suara kau tu? hahaha

    • Anonymous says:

      wany nyanyi ok jer…. ko dgr janna nyanyi tahun lepas jahanam sumbang… lagi teruk.. ok jer mula tak malu tahun ni jd pengacara pulak… tahun depan wany plak jd pengacara… abpbh ape pun boleh

  4. Anonymous says:

    suka.. suka.. suka. dah rezeqi dia. artis lain patut bukak mata n hati. nak bagi orang minat sila jaga attitude jugak. come on wany hasrita. ko jgn pedulik hapa org nk kata. yang penting jaga famili n attitude ko. this award not juz about talent, but refer to ur attitude.. that’s Y u r selected.

  5. Anonymous says:

    Anugerah undian peminat baik dihapuskan.Artis yg popular tak perlu menyusahkan peminat mengundi mereka melalui SMS, online DLL.
    Rakyat Malaysia sendiri tahu artist yang popular tanpa perlu dicanang oleh peminat mereka.

Loading...