Kemelut Dengan Azwan Ali, Che Ta Dipanggil Ke IPD Brickfields

Hiburan

Kemelut Dengan Azwan Ali, Che Ta Dipanggil Ke IPD Brickfields

Kemelut di antara Rozita Che Wan dan Azwan Ali tidak berakhir begitu sahaja apabila pengacara itu membuat laporan polis tentang pelakon Che Ta yang didakwa menulis kenyataan fitnah terhadapnya.

Azwan Ali
3 years ago

Tak Main-Main, Azwan Ali Selesai Buat Laporan Polis Terhadap Pelakon Wanita

Advertisement

Menerusi perkongsian foto laporan polis itu, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menyifatkan kenyataan yang ditujukan kepadanya berunsur fitnah dan menjejaskan reputasinya sebagai penggiat seni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Terbaru, Utusan Malaysia melaporkan Che Ta hari ini telah dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dipercayai bagi merakam percakapan berhubung laporan polis yang dibuat Azwan Ali.

Che Ta hadir ke IPD kira-kira jam 12.30 tengah hari menaiki kenderaan Haval dan proses merakam percakapan telah dijalankan.

Difahamkan, konflik di antara dua selebriti ini mula tercetus apabila Diva AA menggunakan kata-kata kesat ketika menegur cara berpakaian Che Ta sewaktu mendapatkan suntikan vaksin.

azwan ali

Terkejut dengan kata-kata kesat yang dilemparkan, Che Ta kemudiannya bertindak memuat naik status mengkritik individu seperti Azwan Ali yang menurutnya tidak sepatutnya wujud di muka bumi.

Diva AA dalam laporan media sebelum ini berkata, dia membuat laporan polis selepas selebriti wanita itu mengaitkan kemewahan yang dimilikinya dengan seorang menteri yang juga abang kandungnya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...