Kembali Ke Mahkamah Untuk Tambah Kenyataan, PU Abu Dan Ain ‘Afini Sah Cerai Talak Dua

Hiburan

Kembali Ke Mahkamah Untuk Tambah Kenyataan, PU Abu Dan Ain ‘Afini Sah Cerai Talak Dua

Semalam, ada yang merasa gembira apabila mengetahui Mahkamah Rendah Syariah Klang memutuskan perceraian Pencetus Ummah Abu Sufyan (PU Abu) dan Ain ‘Afini tidak sah selepas mendapati lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dilakukan personaliti itu tidak sah.

GAMBAR: Ain ‘Afini (Harian Metro)

Namun begitu, pasangan itu kini sah bercerai talak dua petang semalam apabila PU Abu dan Ain ‘Afini kembali ke mahkamah kerana Pu Abu tidak memberi kenyataan penuh.

Advertisement

Bercakap pada mStar, PU Abu memberitahu:

Ketika hakim buat keputusan (penceraian tidak sah) itu, sebenarnya ada kenyataan yang tidak penuh daripada pihak saya.

Ada maklumat yang tidak cukup membuatkan perceraian itu tidak sah dan saya terpaksa berpatah balik bagi menambah kenyataan.

Dia bagaimanapun enggan mengongsi ‘kenyataan tambahan’ tersebut kepada umum.

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas prosiding pagi tadi (Rabu), saya baru teringat ada kenyataan yang saya tidak jelaskan kepada mahkamah.

Saya dan Ain terpaksa berpatah semula ke sana dan mahkamah akhirnya memutuskan kami sah bercerai.

PU Abu menyatakan bukti perceraiannya akan diperolehi dalam masa sebulan.

Sementara itu, Ain ‘Afini ketika dihubungi mengesahkan perkara itu tetapi juga tidak dapat berkongsi ‘kenyataan tambahan’ PU Abu kerana melibatkan aib lelaki itu:

Kami sambung bicara kes waktu petang. Ada maklumat pihak lelaki yang tak lengkap sewaktu perbicaraan pagi.

Itu yang menjadi punca talak tak sah. Jadi kalau ikutkan mahkamah (keputusan) macam tu la… jatuh talak dua.

Tapi maaf saya tak dapat kongsikan (fakta tambahan yang dikemukakan kepada mahkamah) kerana ia melibatkan aib di pihak sana.

Sebelumnya, pada 28 Januari, PU Abu telah menceraikan Ain ‘Afini talak satu bagaimanapun mereka berdua rujuk semula sebulan kemudian.

Namun begitu, PU Abu menghantar teks lafaz cerai menerusi WhatsApp pada pukul 11.44 pagi, 13 Mac lalu selepas seminggu meninggalkan Ain ‘Afini.

Ain ‘Afini yang kini sarat mengandung tujuh bulan dijangka akan melahirkan bayi mereka Julai depan.

Dari kiri: Hana Azraa, PU Abu dan Ain ‘Afini

Kisah PU Abu menceraikan isteri yang sedang mengandung menjadi tular, apabila dari kenyataan Ain ‘Afini sendiri, lelaki itu meninggalkannya setelah curang dan ingin mengahwini seorang janda bernama Hana Azraa. – beautifulnara.com via mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...