Kematian Nazrin Hassan Ada Unsur Khianat, Balu Dan Dua Anak Tiri Hadapi Pertuduhan Bunuh

Trending

Kematian Nazrin Hassan Ada Unsur Khianat, Balu Dan Dua Anak Tiri Hadapi Pertuduhan Bunuh

Gambar: Kid Chan

Polis telah menahan isteri Nazrin Hassan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Samirah Muzaffar dan dua orang anak lelakinya pagi ini setelah siasatan selama lapan bulan.

Ketua Jabatan Siasatan jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata ketiga-tiga mereka ditahan pada 6.45 pagi di rumah mereka.

Advertisement



Ketiga-tiga suspek akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 di bawah kanun yang sama, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pukul 2.00 petang ini, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber polis memberitahu Malay Mail bahawa pembantu rumah mereka juga terlibat dalam kes ini, dan polis sedang berusaha untuk menahan pembantu rumah itu yang dipercayai kini berada di Indonesia.

Nazrin & Samirah (19)

Gambar: Kid Chan

Pada 22 Februari, polis telah menghantar laporan autopsi kedua kepada Timbalan Pendakwaraya Awam.

September lepas, salah seorang anak lelaki Samirah ditahan untuk disoal siasat apabila luka berlubang ditemui pada leher mangsa, dipercayai kerana ditembusi anak panah.

Sumber memberitahu Malay Mail bahawa, kedua-dua remaja lelaki tersebut ialah ahli kelab panah di sekolah mereka.

Polis kemudiannya menahan ibu mereka, Samirah dan bekas suaminya namun mereka berdua kemudiannya dibebaskan.

Nazrin ditemui mati di tingkat atas rumah dua tingkat di Mutiara Damansara miliknya pada 14 Jun, dengan kesan terbakar pada 30 peratus badannya.

Polis mengklasifikasikan semula kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada 3 Ogos, berikutan laporan siasatan forensik oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang memetik mengenai unsur khianat berkenaan kematian Nazrin.

Kesan petrol ditemui dalam bilik mangsa seperti hasil laporan makmal jabatan tersebut.

Pada mulanya, Nazrin dikatakan meninggal dunia kerana letupan telefon bimbit.

Sebelum ditahan, Samirah pernah mengkritik pihak berkuasa mengenai kematian Nazrin yang merupakan suaminya yang kedua, mendakwa dia dan ahli keluarganya tidak diberitahu mengenai kemajuan siasatan kematian suaminya.

Pasangan itu mendirikan rumahtangga pada tahun 2015. – amazingnara.com via Malay Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...