Kekurangan Bukan Penghalang, Tular Usahawan OKU Berniaga Di TikTok

Kehidupan

Kekurangan Bukan Penghalang, Tular Usahawan OKU Berniaga Di TikTok

Tular di aplikasi TikTok mengenai seorang pengguna dikenali sebagai Khairul Anissa Mat Samsuddin yang berniaga dalam aplikasi TikTok walaupun cacat penglihatan.

Wanita berusia 32 tahun itu berkata, walaupun dilahirkan dengan masalah penglihatan sejak kecil, dia mahu membuktikan di sebalik kekurangan diri, dia tetap berusaha mahu mencari rezeki halal seperti orang lain.

Advertisement

Anissa yang merupakan ibu kepada dua orang anak itu aktif berniaga pelbagai jenama produk daripada rangkaian makanan kesihatan hinggalah kecantikan.

Saya tak nak berpeluk tubuh harapkan simpati dan belas kasihan. Saya nak buktikan biarpun tak nampak, inshaa Allah dengan usaha pasti ada kejayaan.

Namun, Anissa tidak menafikan lumrah di sebalik kekurangan dirinya itu dia juga terus diadili dengan pandangan skeptikal.

Ada yang meragui kebolehan saya untuk menjual itu ini. Pernah satu tahap rasa nak menangis dan tinggalkan terus dunia berniaga.

@anisa_samsudin

#fyp #follow #tiktok

? bunyi asal – kak Anis – kak Anis

Bagaimanapun, Anissa enggan terus menyerah dan mengeluh. Malah, memilih untuk kuatkan diri untuk membuktikan dirinya juga boleh jadi sempurna macam orang normal lain.

Dalam masa dua minggu, saya berjaya meraih jualan RM1700. Ia satu pengalaman menyeronokkan.

Menurut Anissa, dia asalnya dilahirkan normal, namun 10 bulan selepas itu diserang kanser mata hingga hilang kedua penglihatan.

haziq
2 years ago

Petah Sampaikan Berita, Wartawan 'Cilik' Ini Raih Pujian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...