“Keep Fighting Sayang!” – Dr Amalina Titip Doa Buat Ainul Mardhiah

Kehidupan

“Keep Fighting Sayang!” – Dr Amalina Titip Doa Buat Ainul Mardhiah

Sebelum ini, tular di laman Instagram mengenai sebuah hantaran oleh ibu kepada adik Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi berkongsi perkembangan kanak-kanak itu yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Menerusi hantaran tersebut, rata-rata orang ramai dilihat terkejut dengan perkembangan terbaharu Ainul selain bersimpati melihat nasib kanak-kanak itu.

Advertisement

Malah, baru-baru ini keadaan Ainul turut mendapat perhatian Dr Amalina Che Bakri, pelatih pakar bedah yang pernah terbabit dalam pembedahan kanak-kanak itu di Londan, England tiga tahun lalu.

Menerusi hantaran di laman Twitter itu, Dr Amalina memaklumkan bahawa beliau baru sahaja mendapat khabar berita tersebut daripada ibu Ainul.

Selain itu, beliau turut meminta orang ramai untuk sama-sama mendoakan kesihatan adik Ainul agar dia mendapat kesembuhan dengan kadar segera.

Ainul sayang, you have done it many times before, you can do it again! Keep fighting sayang! InsyAllah.

Dalam perkembangan terbaharu, ibu Ainul memaklumkan anaknya kini berada dalam keadaan stabil dan mula meminum susu selepas dua hari berpuasa walaupun masih belum sedar memandangkan ubat tidur yang masih memberikan kesan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ainul Mardhiah
4 bulan lalu

“Keadaan Dia Agak Tenat Dan Kritikal..”- Ibu Maklum Ainul Mardhiah Kini Berada Di ICU

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...