“Kedai Tu Memang Camtu..” – ‘Complaint’ Makanan Mahal, Lelaki Dibelasah Pekerja Kedai Nasi Kandar?

Kehidupan

“Kedai Tu Memang Camtu..” – ‘Complaint’ Makanan Mahal, Lelaki Dibelasah Pekerja Kedai Nasi Kandar?

Seorang pengguna Twitter @shahrulnizammm baru-baru ini ada berkongsikan pengalaman tragisnya berhadapan dengan beberapa pekerja nasi kandar popular di Negeri Sembilan.

Dalam insiden itu, Shahrul berkata dirinya telah dibelasah oleh beberapa orang pekerja kedai makan tersebut gara-gara mengadu harga makanan yang terlalu mahal.

Advertisement

Pergaduhan tersebut difahamkan bermula apabila ibunya mengadu di kaunter pembayaran dan mengeluh kerana harga 3 pinggan nasi goreng kosong, 2 pinggan maggi goreng kosong dan nasi lemak kosong bernilai hampir RM50.

Ibunya kemudian disergah pekerja kaunter restoran berkenaan dan kejadian itu membuatkan Shahrul bertindak untuk memaki dan menghempas kotak tisu kosong yang berada di kaunter.

Dia kemudiannya ‘dipegang’ 5 hingga 6 orang pekerja kedai nasi kandar berkenaan dan seterusnya dipukul sehingga mengakibatkan kecederaan di wajahnya dan beberapa bahagian anggota badan yang lain.

Twitter

Shahrul kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut dan pihak berkuasa bertugas sempat memaklumkan bahawa para pekerja di restoran berkenaan sememangnya ‘bermasalah’ kerana ada pernah terjadi kes yang sama sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai netizen turut memberi respon yang sama mengenai servis dan sikap para pekerja restoran tersebut.

Perkembangan terkini, pekerja restoran berkenaan, Mohd Isa Ramliee, 21, telah mengaku bersalah di atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki berikutan insiden ini dan telah didenda RM1,500 sabit kesalahan.

kanak-kanak beli emas pakai duit raya
2 years ago

(VIDEO) “Macam Orang Tua..” - Keletah 'Bersahaja' Budak Perempuan Beli Emas Cuit Hati Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...