Kedai Ayam Goreng Kena Ceroboh, Nabila Razali Rugi RM2,000

Hiburan

Kedai Ayam Goreng Kena Ceroboh, Nabila Razali Rugi RM2,000

Mungkin kerana terdesak, khabarnya gerai ayam goreng milik penyanyi dan pelakon Nabila Razali telah diceroboh oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Nabila Razali
3 years ago

Tak Nampak Kelibat Patung Dinosaur, Nabila Razali Bersendirian Suntik Dos Kedua Vaksin

Advertisement

Berikutan tragedi itu, Nabila mengalami kerugian bernilai RM2,000 termasuk RM200 yang berjaya dicuri individu tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by ? (@nabila.razali)

Gerai Ayo Fried Chicken yang terletak di Kampung Baru itu dilaporkan telah dipecah masuk dan Nabila turut memuat naik video keadaan kedainya selepas tragedi itu berlaku.

Terkilan dengan perkara itu, Nabila mengakui terkejut dan menganggap individu tersebut menggunakan cara yang salah untuk mendapatkan wang dengan kadar segera.

Saya faham keadaan sekarang ini semua orang mungkin terdesak mahu cari duit. Tapi saya kesian apabila mereka gunakan pendekatan untuk memecah masuk berbanding minta kerja secara halal. Mungkin kalau mereka minta kerja, saya boleh pertimbangkan untuk serap masuk sebagai pekerja.

Berikutan itu, Nabila berkata bahawa kejadian itu sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan pekerjanya yang mahu mencari rezeki yang halal.

View this post on Instagram

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya berniaga bukan untuk diri sendiri, tapi niat saya untuk berkongsi dengan pekerja.  Jadi saya harap benda ini tidak berlaku lagi.” ujar Nabila mengakhiri bicara.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...