“Kecur Air Liur” – Jom Cuba Resipi ‘Egg In Hell’, Hanya Seminit Je Nak Buat!

Kehidupan

“Kecur Air Liur” – Jom Cuba Resipi ‘Egg In Hell’, Hanya Seminit Je Nak Buat!

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai satu resipi yang diperbuat daripada telur dan amat mudah untuk dimasak untuk hidangan seisi keluarga.

Resipi yang diberi nama Italian Shakshuka ataupun lebih dikenali sebagai ‘Eggs in Hell’ ini hanya memerlukan beberapa biji telur dan sos marinara  dan dimakan bersama roti bakar. Yummy!

Advertisement
Eggs in hellSumber : Google  

Ia juga amat sesuai dimakan ketika sarapan pagi ataupun ketika brunch. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya.

Bahan-bahan diperlukan:

  1. Minyak masak
  2. Beberapa ulas bawang putih
  3. Serbuk cili
  4. Sos marinara
  5. Beberapa biji telur (ikut selera anda)
  6. Garam, Lada Hitam
  7. Daun Basil

Cara Penyediaan:

1. Tuangkan minyak masak secukupnya ke dalam kuali dan goreng bawang putih sehingga ia kekuningan. Kemudian masukkan serbuk cili.

2. Masukkan pula lebih kurang 2 cawan setengah sos marinara dan biarkan ia mendidih seketika.

3. Setelah itu pecahkan telur secara berasingan dalam sos marinara yang sedang mendidih tersebut. Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa. Tutup kuali dengan tudung bagi telur itu separuh masak.

4. Nampak telur separuh masak, taburkan daun basil yang dihiris halus ke atas hidangan tersebut. Siap untuk dihidang!

Nikmati resipi Egg in Hell ini bersama roti bakar yang garing buat sarapan pagi atau minum petang bersama keluarga tersayang!

Selamat mencuba!

Resipi mac n cheese mudah
6 bulan lalu

“Anak pun suka” - Lelaki Kongsi Resipi Buat Mac & Cheese Hanya Guna Cawan, Sangat Mudah Dan Cepat!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...