Kecoh Bila Video Isteri Nabil Ahmad Berkemban Tersebar

Hiburan

Kecoh Bila Video Isteri Nabil Ahmad Berkemban Tersebar

Baru-baru ini kecoh, apabila secara tidak sengaja kelibat isteri Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub dilihat berkemban ketika Nabil mengadakan sesi LIVE di akaun Instagramnya.

Advertisement

Menjelaskan perkara itu yang kini sudah menjadi kontroversi hangat, Nabil berkata apa yang berlaku diluar kawalannya dan tidak sengaja memperlihatkan isterinya dalam keadaan kurang sopan.

Ketika membuat rakaman, tanpa disangka isteri yang sedang berkemban melintas di belakang. Perkara itu hanya disedari selepas rakaman tamat. Isteri juga menerima pelbagai mesej pengikut di laman sosial yang menyuruh saya memadamkan video itu. Apa yang berlaku mengajar saya supaya lebih berhati-hati ketika membuat rakaman video secara langsung.

Nabil pada masa yang sama meluahkan rasa terkilan dengan sesetengah pengguna media sosial yang mengambil kesempatan dan menyebarkan rakaman mengaibkan isterinya itu.

Dia memberikan jawapan, ia sekadar hiburan. Namun, saya difahamkan video itu sudah dipadam atas desakan pelbagai pihak. Dalam hal ini, ia terletak pada budi bicara individu itu. Dia juga mempunyai ahli keluarga perempuan, bayangkan jika perkara itu berlaku kepada mereka. Apa perasaannya?

Bila bersiaran secara langsung, kadang-kadang ada perkara yang boleh berlaku diluar kawalan. Harapnya dengan penjelasan Nabil ini, tiada lagi pihak terus menyebarkan video tersebut.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...