Kebanyakan Artis Cepat Terasa & Segelintir Ingat Mereka Bagus – Nabil Ahmad

Hiburan

Kebanyakan Artis Cepat Terasa & Segelintir Ingat Mereka Bagus – Nabil Ahmad

Akhirnya, ada juga selebriti yang berani bersuara menegur rakan-rakan selebritinya lain. Kagum Abang Nara dengan keberanian Nabil Ahmad ini. Teguran sebegini memang diperlukan, lebih-lebih lagi selepas kontroversi yang melanda beberapa orang artis baru-baru ini ketika penganjuran Festival Filem Malaysia ke 29. Selagi tak ada orang tegur, selagi itulah artis Malaysia akan berada di takuk lama. Respek kepada Nabil kerana sanggup tampil ke hadapan memberi teguran.
nabil ahmadMenurut Nabil Ahmad, ada segelintir artis Malaysia yang sukar memberi sokongan terhadap rakan lain ketika hadir ke sebuah acara hiburan.  Malah kebanyakan artis cepat terasa. Sikap artis Malaysia yang malas memberi tepukan dan sorakan kepada rakan yang berada di pentas juga turut ditegur oleh Nabil. Kata Nabil:-

Saya dah kendali banyak majlis tapi lebih suka mengacara di majlis sekolah, universiti, kilang atau korporat berbanding sesuatu melibatkan artis. Sebabnya kebanyakkan artis cepat terasa. Ada segelintir yang ingat mereka bagus bila duduk di bawah itu. Mereka tidak memberi sokongan penuh kepada rakan yang berada di hadapan. Artis-artis Malaysia ini malas nak tepuk tangan dan sorak pun tak nak. Kenapa nak mengangkat diri lebih daripada orang lain. Sebab itulah saya tidak menganggap diri sebagai selebriti tetapi bekerja untuk industri

nabil ahmadTeguran Nabil Ahmad ini memang pedas dan sudah pasti akan mendapat reaksi berbeza daripada netizen dan juga rakan-rakan artisnya. Namun Nabil tidak peduli semua itu. Kecaman adalah perkara biasa buatnya. Kata Nabil:-

Saya dah biasa kena kecam. Saya tak ada masalah. Apa yang saya cakap ini adalah benda yang betul. Sudah banyak kali jadi pengacara untuk majlis pelancaran, bila ada artis lain tengoklah macam mana sikap mereka

Advertisement

nabil ahmadSecara jujurnya, kalau artis pun tak sokong sesama artis, siapa lagi nak sokong anda? Apa yang dikatakan oleh Nabil ini memang betul. Kalau si pengacara tue buat lawak atas pentas, anggaplah ia sebahagian daripada perjalanan majlis. Selesai setakat itu sahaja. Tak perlulah nak terasa hati dan sebagainya. Kalau tengok pengacara di majlis Hollywood, lagi dasyat-dasyat lawak diorang. Tapi semua sempoi dan rileks je. Tak ada nak terasa hati dan sebagainya. Kepada Nabil, tahniah kerana berani tampil menegur kawan-kawan anda. Semoga akan ada perubahan selepas ini. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...