Keanggunan Fasha Sandha Terserlah Dengan Baju Perkahwinan Sentuhan Klasik Oleh Rizman Ruzaini

Hiburan

Keanggunan Fasha Sandha Terserlah Dengan Baju Perkahwinan Sentuhan Klasik Oleh Rizman Ruzaini

Umum mengetahui pasangan Fasha Sandha dan Aidil Aziz akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Pasangan yang sama cantik sama padan ini sempat mengabdikan detik-detik terakhir sebelum bergelar suami isteri menerusi satu sesi photoshoot pra perkahwinan mereka.

Advertisement

Baru-baru ini, Fasha telah memuatnaik sebuah foto busana perkahwinan serba putih hasil sentuhan daripada Rizman Ruzaini. Apa yang menarik dapat lihat daripada 3 jarak berbeza iaitu normal, dekat dan juga secara ‘close up’.

Satu-satunya ‘smartphone’ yang mampu menyerlahkan lagi segala perincian pada busana Fasha tidak lain dan tidak bukan adalah Huawei yang sangat terkenal dengan kehebatan kameranya.

Huawei telah memperkenalkan Mate 20 ini yang mempunyai kelebihan sama seperti Huawei P30. Lebih mengagumkan, takuk pada skrin IPS LCD 6.53 inci ‘smartphone’ ini adalah lebih kecil dan kelihatan seperti titisan air. Huawei gelarkan rekaan ini sebagai Dewdrop.

Kualiti kamera yang padu membuatkan foto busana perkahwinan Fasha nampak lebih anggun dan klasik. Sistem fotografi peranti ini disokong oleh lensa utama 12 mp f/1.8, lensa ultra-wide 16 MP serta 8MP f/2.4 bagi tujuan telephoto. Memang power habislah jenama Huawei ini!

Eksklusifnya foto-foto yang diambil dan dikongsikan oleh Fasha di Instagramnya, hanya menggunakan smartphone Huawei. Mungkinkah beliau menggunakan salah satu ‘smartphone’ daripada Huawei Mate 20? Adakah Fasha bergabung dengan Huawei untuk memeriahkan lagi ‘wedding of the year’ ini?

Tak sabar nak tunggu apa yang akan terjadi antara dua nama popular dan gah ini.  Nampak gayanya tarikh keramat 26 Mac ini akan merungkai segala persoalan para peminat Fasha Sandha dan juga pengguna Huawei. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...