“Keadaan Dia Agak Tenat Dan Kritikal..”- Ibu Maklum Ainul Mardhiah Kini Berada Di ICU

Berita

“Keadaan Dia Agak Tenat Dan Kritikal..”- Ibu Maklum Ainul Mardhiah Kini Berada Di ICU

Ibu kepada adik Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi baru-baru ini ada berkongsi perkembangan kanak-kanak itu yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Maklum Nurul di Instagram, anaknya itu ada menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dikejarkan ke hospital.

Advertisement

Difahamkan juga, adik Ainul kini berada dalam keadaan agak kritikal dan tenat seperti apa yang diberitahu doktor yang merawat si kecil itu.

Doktor buat prosedur dan beritahu rupanya Ainul dan terlalu tenat sebab infection dah ada dekat semua tempat. Mama rasa gagal sebab tak beri perhatian pada Ainul. Doakan ya semua.

Nurul juga sempat memberikan peringatan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan memohon doa orang ramai agar diberi kesembuhan pada Ainul Mardhiah.

Ainul tidur dulu ya sayang, nanti Ainul dah bangun kita main sama-sama lagi.

Terdahulu, adik Ainul Mardhiah telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia berikutan kisah penderitaannya menghidap tumor di bahagian mulut seberat 200gm.

Kisah itu juga turut meraih perhatian ramai pihak termasuk Dr Nur Amalina Che Bakri yang turut membantu Ainul Mardhiah menjalani pembedahan di London, United Kingdom.

pasangan buang 'Muhammad' dalam nama anak
4 bulan lalu

"Zaman Ramai Songsang" - Letak Nama Anak Sempena Nabi Luth, Pilihan Nama Pasangan Ini Ditentang Keluarga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...