“Kau Nak Mak Mati Sebab Tak Tahan Fitnah?” – Muncul Semula Di IG, Aliff Syukri ‘Dimaki’ Bonda Rozita

Hiburan

“Kau Nak Mak Mati Sebab Tak Tahan Fitnah?” – Muncul Semula Di IG, Aliff Syukri ‘Dimaki’ Bonda Rozita

Sebelum ini, ushawan sensasi Datuk Aliff Syukri secara tiba-tiba muncul semula dengan memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya selepas membuat keputusan menarik diri dari media sosial.

Menerusi video tersebut, Aliff Syukri dilihat menari dengan sebatang mop sambil mengikut rentak lagu terbaharunya, Baby Sayang.

Advertisement

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat kecaman hebat daripada netizen yang rata-ratanya berasa tertipu dengan usahawan itu yang sebelum ini mendakwa dirinya mempunyai masalah mental tahap dua.

Lahhh cakap nak tinggal media sosial, ni ada lagi.. aponii?” tulis seorang netizen.

Hakikatnya tak boleh hidup tanpa IG dan Social media.. propa je kan,” tulis seorang pengguna Instagram.

Malah, ibu kepada Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita turut dilihat tidak ketinggalan meninggalkan komen meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan anaknya itu.

Allah.. kebulur sangat dengan lagu kri?? Tak habis lagi!! Tak aman hidup mak kri, kau nak mak mati sebab tak tahan fitnah.. lagu bangang!!

Kau ni kan tak makan saman kan. Mak ngeri nak baca dengan fitnah, yang kau pulak selamba tak serik-serik.

Difahamkan, Aliff Syukri hanya bertahan selama empat hari berdiam diri tanpa dunia maya sebelum dilihat turut membuat hantaran di IG Story memaklumkan hasratnya untuk menjual akaun Instagram miliknya itu dengan harga RM500,000.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Attention Seeker!" - Kata Nak Undur Diri, Aliff Syukri Tiba-Tiba Muat Naik Video Menari Dengan Mop Di IG

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...