Lelaki Tunjal Kepala Pemandu Wanita Ditahan Polis, Saksi Tampil Pertahankan – “Kami Nyaris Masuk Gaung”

Kehidupan

Lelaki Tunjal Kepala Pemandu Wanita Ditahan Polis, Saksi Tampil Pertahankan – “Kami Nyaris Masuk Gaung”

Semalam, tular video memaparkan tindakan seorang lelaki yang memarahi seorang pemandu wanita kerana didakwa memotong secara berbahaya.

Menerusi video tersebut, lelaki yang memakai baju berwarna merah itu dilihat keluar daripada kereta jenis Proton Persona lalu datang mengetuk cermin kenderaan wanita berkenaan.

Advertisement

Bawa elok-elok sikit. Kau nak main, kau main dengan nyawa orang bab*! Kalau aku sepak kau kat sini, dengan sebelah kau tu aku sepak nanti. Kau jangan nak main gila dengan aku!

Tidak berdiam diri, wanita itu kemudiannya menjelaskan bahawa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana memotong di garisan putus-putus.

Namun, lelaki berkenaan tidak berpuas hati lalu melemparkan kata-kata kesat sebelum betindak menolak kepala wanita berkenaan.

Kau jangan nak menjawab aku, kau main dengan nyawa orang kau tahu tak? Kau nak kenal tak aku siapa? Nak kenal tak?! Kau lagi nak tinggikan suara. Main potong-potong kepala bapak kau! Tak nampak corner? Kau nampak ni? Pecah muka kau nanti!

Menurut laporan Harian Metro, lelaki berkenaan telah ditahan pihak polis bagi menjalani siasatan lanjut atas tindakan di sebuah jalan di Cameron Highlands menuju Tapah, Perak.

Difahamkan, lelaki itu turut membuat laporan polis untuk melindungi diri dan mendakwa pemandu wanita itu memotong di jalan sempit ketika ada kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.

Bukan itu sahaja, akibat tindakan memotong secara berbahaya itu, lelaki berkenaan terpaksa mengelak ke kiri hampir ke curam selain bimbang dengan keselamatan isterinya yang sedang hamil 8 bulan.

saksi

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

duda sado jual durian
10 months ago

"Teringin Pula Nak Makan.." - Duda Sado Jual Durian Tanpa Baju Buat Ramai Wanita Tak Keruan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...