“Kau Ingat Gelek Di Khalayak Tu Dapat Pahala Ke?” – Ustaz Dusuki Tegur Artis Bangga Bergelek Sebab Wang

Hiburan

“Kau Ingat Gelek Di Khalayak Tu Dapat Pahala Ke?” – Ustaz Dusuki Tegur Artis Bangga Bergelek Sebab Wang

Pendakwah terkenal Ustaz Ahmad Dusuki memuat naik satu posting di Instagram menegur seorang selebriti yang melakukan persembahan gelek atas dasar urusan kerja dan dibayar.

Dalam caption entrinya, Ustaz Dusuki menerangkan bahawa tidak semua perkara yang mendatangkan wang dapat memberi keuntungan kepada hidup seseorang dan bimbang boleh menjurus kepada kecelakaan pada masa hadapan.

Advertisement

Beliau turut berpesan setiap mukmin akan disoal berkenaan harta yang diperolehi dan ke mana mereka membelanjakan harta tersebut.

Setiap mukmin akan di soal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan kemana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah.”

Selain itu, dia memberitahu harta yang didapati daripada sumber yang sia-sia dan hanya memberikan keuntungan kepada diri sendiri akan dipersoal di akhirat kelak.

Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih lebih lagi hartanya dari sumber menggolek mengelek punggungnya di khalayak ramai di dunia ini…”

Pada akhir hujahnya, Ustaz Dusuki mempersoalkan keterangan yang dikeluarkan oleh selebriti berkenaan yang seakan-akan bangga dengan aksi yang dilakukan.

ifa raziah
2 years ago

"Gelek Ni Lah Beri Saya Makan" - Ifa Raziah Akui Dibayar Puluhan Ribu, Berdangdut Selepas Majlis Akikah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...